Wednesday, October 6, 2010

Kenangan Bersama Datok Dr Ramli


Kami Kedet Kumpulan Tiga PTD (Pegawai Tadbir Dan Diplomatik )banyak kenangan yang tidak dapat kami lupakan selama berkursus diINTAN Selama Setahun sekitar tahun 1980an.Dalam memori sebelum ini kami berkursus diOBS, Lumut saya telah mencoretkan betapa kami kena memanjat bukit bukau, gunung dan melayari lautan luas. Bila tamat kursus badan jadi kurus.Muka jadi berkilat akibat cahaya matahari.Semua itu kami bersama gelak ketawa dengan Ramli M, yang kemudian beliau telah bertugas agak lama diEPU. Seingat saya bertemu beliau diEPU, bila saya ditukarkan keProjek PMS dan tidak lama kemudian dia berangkat keEngland melanjutkan pelajaran diperingkat Doktor Falsafah. Dia selalu memanggil saya Abang Amin, maklumlah saya lebih tua darinya. Semasa kami berkursus kedet PTD juga dalam module Angkatan Tentera beliau begitu segak bergambar bersama kami dihadapan kereta kebal.Dalam kumpulan kami beberapa orang begitu "cerdik " hingga mendapat gelaran Dr termasulah beliau, Nazri,Badariah dan lain-lain.Bila saya meninggalkan MTEN dan bersara awal saya diberi tahu Dr Ramli telah bertukar keKementerian Pengajian Tinggi dan menjadi Timbalan KSU dan disanalah beliau memperolehi gelaran Datuk.Saya ada cuba menghubungi beliau menerusi email tapi tidak mendapat jawapan. Namun dengan sedih bila saya membaca Berita harian pada hari ini 6 Oktober 2010, Dr Ramli telah kembali kerahmatullah. Ya Allah Himpunkanlah sahabatku ini dalam gulungan orang yang beriman.Beliau kembali dalam usia yang muda dan inilah yang saya emailkan kepada Zaini A, yang juga rakan sekumpulan kami dengan menyatakan sudah tibalah masanya kami mengadakan Reunion Kumpulan Tiga bagi menanyakan khabar diantara satu dengan lain.Selain dari Dr Ramli, Zawawi AR juga telah pergi meninggalkan kami semasa beliau berkhidmat diPahang dahulu. Ramai diantara kami mempunyai nama jolokan yang tersendri hingga kehari ini yang saya tidak dapat lupakan seperi Nazri,Dr Ramli,,Malik,Zawawi, Majid, Rani,Pak Sako dan sebagainya yang merupakan sahabat kami yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Buat Datuk Dr Ramli H, kita hadiahkah kepada beliau Al-Fatihah dan mendoakan beliau semoga dirahmati Allah. Amin

Sahabat mu Dr Aminudin

1 comment:

  1. Best Betting Sites in South Africa - JTVH Hub
    The 동해 출장마사지 JTA 전라북도 출장안마 Betting Sites 충주 출장안마 in South Africa. The best 오산 출장샵 betting sites and bonuses available to South African players. All South African betting 양주 출장마사지 sites.

    ReplyDelete