Friday, July 2, 2010
Anekdotku 16-Resing(Cuora amboinensis)
Resing memang banyak terdapat dikampung Relong terutama sekali dalam Sungai Teris dan juga dalam sawah, bagi yang jenis kecil kami gelar bani yang boleh terdapat dalam kebun getah masa saya bebudak dahulu.Hari ini jarang sangat kita temui binatang yang saya sebut tadi dalam kebun getah.Resing macam juga memerang memakan ikan-ikan kami yang terkena jaring, lukah dan juga ranggas.Ini menjadikan kami bebudak marah kepada jenis resing ini.Dari segi saintifiknya binatang ini adalah dalam kategori kura-kura atau tutung.Resing memakan ikan-ikan yang kami tangkap mengunakan jaring, lukah dan ranggas seperti saya nyatakan tadi.Selain dari itu resing juga memakan daun-daun kayu dan rumpai dalam paya atau sungai.Hari ini saya dapat perhatikan kura-kura jenis kecil banyak terdapat dikedai-kedai binatang belaan dan anak saya pernah membelanya dan menjadi begitu jinak dan apabila kami berpindah kePutrajaya terpaksalah kami tinggalkan dia dalam kolam mini zoo MPK.Kini mungkin ia telah besar dan sudahpun bertelur.
Masa kami bebudak dahulu diSungai Batu ada juga saya dapati Resing bertelur diatas pulau kecil dalam gedung Wan Tekah dekat rumah lama kami itu.Bila kami mandi bersama Jefi, kami selalu menenguk telur resing itu tetapi kami tidak mengambilnya kerana kami ingat telur resing itu tidak boleh dimakan.Bagi resing yang kami perolehi kerana melekat pada jaring atau termasuk dalam ranggas biasanya kami akan ambil dan tidaklah membunuhnya.Kami akan membawa resing itu kepada orang Cina yang berkerja dan mendiami kongsi dikuari Gua Bama sebelum ianya ditutup.Sebagai balasannya kami selalu mendapat beberapa papan mercun dari perkerja Cina tersebut.Mendapat mercun menjadi kegembiraan kami kerana kami suka membakarnya dengan meletakkan merun itu dibawah tempung kelapa.Bila kami bakar mercun itu menjadikan tempurung itu melambung keudara dan kadang-kadang pecah berkecai.Bila saya renungkan kembali akan peristiwa tersebut teringatkan saya bahawa kaum India bila menyambut pesta memecah atau menghempas buah kelapa bagi perayaan mereka. Mereka teruja macam juga kami bebudak masa dahulu itu.Jadi inilah pertalian kegembiraan yang bertali-tali yang boleh merangsang kita untuk terus hidup sebagai satu rantaian yang bersambung-sambung dan akan berakhir bila sampai kepenghujungnya.Adakah kita merenungi semuanya ini ?.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dear Dr Aminudin,
ReplyDeleteI work in Luxembourg and my firm (www.wildgen.lu) received an email from you. Could you please let me know if this is a real email or a spam using your name?
Sorry to use this way of contacting you.
You can contact me back using this address marketing@wildgen.lu.
Regards,
Stephanie Leclercq