Wednesday, May 12, 2010

Memori 31-Kampung Paya Bungor,Kuantan,Pahang


Kampung Paya Bungor,Kuantan pada satu masa dahulu memang agak terkenal dengan tempat atau lokasi pelancungannya.Semasa saya berkhidmat diUPEN,Pahang kampung ini adalah tempat orang berkelah dan ada rumah penginapan didalam tasik paya bungor itu.Hari ini saya dapati kampung itu masih ada lagi tetapi telah berkaedaan terbiar.Rumah-rumah persingahannya dan gerai yang dahulu meriah kini begitu malap dan layu serta tidak bermaya.Rumah kedai dan jeti yang dibangunkan disitu telah saya dapati rosak dan tidak diselenggara dengan baik dan semakpun dah nampak tinggi lalangnya.Sebenarnya disinilah satu lokasi reakrasi yang cantik dimasa dahulu dimana banyak kemudahan disediakan terutama sekali bila sukan air SUKMA yang pernah diadakan diPahang.Perkara yang melucukan yang tidak dapat saya lupakan ialah bila berita tentang adanya buaya-buaya dalam tasik ini yang membuatan Menteri Besar Pahang ketika itu melakukan demontrasi terjun kedasar tasik itu bagi membuktikan bahawa tiada buaya di tasik dipaya bungor.

Saya telah difahamkan bahawa sehari sebelum Menteri Besar Pahang itu terjun kedasar tasik paya bungor ,sepasukan tentera komando telahpun terjun kedalam tasik itu untuk membuat "tapisan keselamatan".Jadi terjunlah Menteri Besar Pahang itu kedalam tasik paya bungor dengan senanghati.Nama Paya Bungor diperolehi kerana dikawasan sekitar Tasik Paya Bungor banyak terdapat pokok bungor yang cantik-cantik bunganya, malahan saya dapati pihak MPK banyak menanam pokok ini dikawasan MPK.Bunga bungor memang cantik ada yang berwarna merah,biru dan putih bila berbunga.Inilah contoh pokok-pokok spesis tempatan yang boleh kita tanam sebagai hiasan taman dirumah kita dan tidak perlu diimport pokok dari luar negara yang banyak menghabiskan tukaran wang asing kita.Bagitu jugalah dengan sayor dan daging yang banyak kita import dari luar negara yang bernilai berbilion ringgit setahun.Jadi kita patut mengusahakan sendiri pengeluran hasil pertanian yang masalah ini ada dinyatakan oleh FELDA untuk menjayakannya.Jadi FELDA harus mengorak langkah dengan segera supaya tiadalah menjadi hangat-hangat tahi ayam saja.

Aminudin PhD

Tuesday, May 11, 2010

Memori 30-Cherating,Kuantan,Pahang

Kampung Cherating,Kuantan banyak dikenali oleh pelancung luar negara kerana terdapat Kelab Med.Kelab ini dahulunya amatlah exclusive dan terhad keahliannya, namun begitu sekarang boleh dihuni oleh ramai orang ditempat penginapan mereka.Kampung Cherating ini dahulu seingat saya banyak sungguh pokok-pokok ara tumbuh terutama dekat bukit yang menghala kepantainya.Dengan banyaknya pokok yang akarnya bersimpang-siul dan bercerat itu serta ranting-ranting ara yang berunjuran ketanah itu memungkinkan nama Cherating diperolehi.Kerajaan telah membina pusat kebudayaan diCherating ini dan semasa saya memulakan perkhidmatan diPahang,saya pernah hadir melihat pertunjukan kebudayaan dikawasan kampung diCherating ini yang berhampiran jalan besar Kuantan-Kemaman sekarang.Namun dengan adanya rumah kebudayaan yang didirikan dekat pantai sekarang rumah tradisional dahulu itu nampaknya kian kurang mendapat sambutan lagi, dengan kata lain aktiviti lebih tertumpu ketepi pantai pula.

Apa yang masih segar dalam ingatan saya tentang Cherating ini juga ialah Kem Cherating itu sendiri dimana dibina oleh Jabatan Keselamatan Pahang bagi para pendatang Vietnam yang melanda Negeri Pahang satu ketika dahulu.Semua pendatang Vietnam yang mendapat dipahang akan diambil dan dikumpulkan disini.Pada mulanya Kem ini dikawal oleh pihak Rela, namun kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Penjara.Saya masih mengingati ketua yang menjaga disitu ialah Tuan Husin Belada dengan pegawai-pegawainya.Saya sering kekem itu membuat tinjauan dan menentukan kesihatan para pendatang terjamin supaya tidak merebak keorang kita.Malahan sebuah klinik yang bertaraf antarabangsa pernah didirikan disini oleh pihak PBB.Menjadi kenangan juga semasa saya bertugas menyelia kem ini, ialah kereta saya terlibat dengan kemalangan, tetapi oleh kerana saya bertugas diagensi keselamatan cepat-cepatlah pihak polis membantu kerana boss saya Tuan ACP Sulaiman menalipon anakbuahnya supaya membantu saya.Hari ini saya telah meninggalkan perkhidmatan keselamatan kadang-kadang bila keDungun tentu melalui kawasan ini, saya gembira generasi sekarang hidup aman kerana tiada ancaman seperti kami alami dizaman tahun 1970an tetapi walaubagaimanapun kini kita dilihat ada masalah jenayah yang kian bertambah jika dibandingkan dengan dahulu, jadi agensi keselamatan kenalah mengorak langkah menyediakan strategi dan tindakan untuk mengatasinya pula.

Aminudin PhD

Monday, May 10, 2010

Memori 29-Kampung Balok,Kuantan,Pahang


Kampung Balok,Kuantan,sekarang begitu pesat membangun.Dari perkampungan kecil dahulunya kini begitu pesat membangun dengan pembinaan perumahan yang tumbuh macam cendawan.Masa saya bertugas diagensi keselamatan Pahang dahulu Pantai Balok tidak ramai dikunjungi orang untuk mandi-manda kerana orang ramai lebih suka berkunjung ke Pantai Telok Chempedak yang hampir dengan bandar Kuantan.Tetapi hari ini Pantai Balok ramai dikunjungi orang lebih-lebih lagi bila MPK telah membina pusat riadah diBalok.Kami kakitangan Pejabat Daerah Temerloh pernah bermalam ditapak riadah MPK ini dengan menjalankan aktiviti berkhemah.Harga rumah diBalok kini melambung naik umpamanya Perumahan PASDEC yang dibelakang pekan Balok habis dijual.Manakala dimusim bulan puasa pasar ramadhan pekan sari Balok menjadikan laluan trafik tidak terkawal kerana kereta diletak bersimpang-siul.

Kampung Balok menurut beberapa penduduk yang saya temui mendapat namanya kerana ada banyak balak dahulu disitu.Memanglah dari pengamatan saya disebelah kampung itu ada kawasan Hutan Simpan Balok sekarang.Dahulu sebelum Taman industri Gebeng hutan disitu banyak diusahakan orang untuk dikeluarkan balak.Begitu juga seingat saya tapak Kuari Penggorak dahulu banyak pokok-pokok besar yang hidup disitu tetapi hari ini saya dapati sudah habis botak dimana batu-batu pula dikorek dan dipecahkan menjadi bantu granait.Perumahan Murah Balok yang dahulunya tidak bermaya kini nampak ceria dan begitu banyak rumah baru yang naik.Begitu juga perumahan kastam telah meningkatkan suasana ekonomi disitu.Saya dapati juga Masjid Balok yang asalnya dibina secara persendirian kini telah nampak cantik dan bersih.Begitu juga hotel-hotel yang dibina sekitarnya telah banyak yang diubahsuai dan kian cantik.Ini semua adalah kerana limpahan Industri Gebeng yang berkembang dihampir pekan Balok.Masa saya bertugas diUPEN,Pahang kami merancang membangunkan Industri Gebeng sebagai Hub Petrochemical dan juga pelabuhan Kuantan,jadi berbaloilah kajian yang kami jalankan itu kerana sekarang telah membuahkan hasilnya.

Namun begitu saya agak terkilan juga bila mendapat tahu ,bila operasi Pelabuhan Kuantan telah diswastakan.Ini adalah kerana ia bersifat keuntungan kepada syarikat yang mengambil alih itu.Malahan ianya bukan anak syarikat kerajaan pahang pun.Jadi apa lagi yang kita ada selain dari pantai laut yang sememangnya kita nikmati secara percuma sejak dahulu, manakala yang lainnya kini kebanyakan dimiliki oleh orang luar.Pahang oh pahang.

Aminudin PhD

Saturday, May 8, 2010

Memori 28-Sungai Lembing,Kuantan,Pahang


Sungai Lembing,Kuantan,Pahang memang terkenal didalam dunia perlombongan bijih timah, lombong ini telah dibuka oleh syarikat perlombongan yang bernama Pahang Consolidated Company Limited (1906-1986).Sungai Lembing sebuah penempatan yang lengkap dengan infrastrukturnya.Zaman semasa perlombongan itu masih beroperasi budak-budak yang tinggal diSungai Lembing mempunyai status yang tinggi berbanding dengan mereka dari tempat lain termasuklah saya dari Ulu Lipis.Kawan-kawan saya diSMART ketika itu seperti Omar dan Kiah yang bapa mereka berkerja diSungai Lembing menjadi pelajar yang popular dan selalu menceritakan kebaikan perkampungan mereka Sungai Lembing itu.Hari ini industri perlombongan bijih timah telah merundum dan banyak lagi lombong-lombong bijih timah diPahang telah ditutup.Namun hanya sejarah yang menyebelahi mereka dimana banyak artifak perlombongan ditinggalkan menjadikan kenangan diMuzium Sungai Lembing sekarang.Muzium ini dibuka sejak tahun 2001.Saya semasa bertugas diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan ada berkesempatan melawat projek-projek diSungai Lembing, umpamanya projek ternakan rusa oleh Jabatan Pertanian dan pembinaan kolam air panas diSungai Lembing.

Sungai Lembing yang mengalami banjir saban tahun, memerlukan sungainya diperdalamkan.Buat masa ini Sungai Lembing amat cetek dasarnya dan banyak pasir sungai yang menyekat aliran air.Usaha dilakukan oleh pihak swasta pada satu ketika dahulu pernah dibuat tetapi dibantah oleh penduduk setempat yang mengatakan pihak swasta itu mengambil kesempatan mengambil bijih timah yang ada disitu.Hari ini usaha untuk melombong semula diSungai Lembing belum berjalan walaupun ada pihak yang berminat namun agensi yang berkaitan dengan perlombongan dinegeri ini tidaklah proaktif.Sungai lembing hari ini saya dapati ramai dikunjungi pelawat pada hari minggu namun kemudahan penginapan atau hotel bagi industri perlancungan disini tidak mencukupi.Saya juga menyarankan bekas lombong yang dibina secara terowong itu perlu dibaik-pulih bagi membolehkan orang ramai melihat dan berjalan didalamnya dan tidaklah hanya dalam bentuk model yang digambarkan didalam muzium sahaja.Taman-taman tema seperti diTokyo yang pernah saya lawati memberikan peluang pada pelawatnya merasakan trill dalam industri perlombongan kepada orang yang melawatnya dengan mengambil kira aspek keselamatan yang tinggi.Jadi peranan pihak swasta dalam industri pelancungan diSungai Lembing perlu digalakan.Ada dikalanga kawan-kawan saya dikalangan ahli kooprat berminat untuk menyertai projek perlancungan diSungai Lembing ini namun seperti yang saya pernah katakan agensi yang mengendalikan perlancungan dinegeri Pahang ini tidaklah proaktif juga.Malahan, negeri Pahang adalah tempat paling banyak yang berhawa dingin diMalaysia ini tapi ia masih ditahap yang sama seperti dahulu.

Aminudin PhD.

Memori 27-Pantai Chendor,Kuantan,Pahang


Pantai Chendor atau Kampung Chendor,Kuantan adalah yang paling hujung letaknya diDaerah Kuantan yang bersempadan dengan Daerah Kemanan,Terengganu.Kampung ini menurut cerita yang saya fahami asalnya banyak terdapat pokok-pokok kelapa ditepi pantainya yang condong dan lain-lain daun-daun gugur dengan banyak disepanjang pantainya.Entah macam mana tersalah sebut perkataan condong,maka melekatlah nama Chendor.Hari ini pantai itu masih dikunjungi oleh ramai orang untuk mandi-manda.Semasa saya bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan, saya ada mengusahakan pembinaan gerai PLB dipantai itu.Pantai ini amat sesuai untuk diadakan pertandingan bolasepak pantai ataupun bolatampar pantai kerana pantainya cantik dan luas.Berhampiran dengan pantai Chendor ini ada hotel-hotel yang bertaraf lima bintang iaitu Impiana dan beberapa yang lain.Semasa saya bertugas diagensi keselmatan Pahang dahulu, Pantai Chendor tidaklah membangun seperti sekarang yang diusahakan oleh PASDEC.Mereka membangunkan projek perumahan disepanjang jalan Kuantan-Kemaman itu.Dahulu kawasan ini boleh dikatakan dipenuhi oleh belukar dan semak.Tempat inilah saya bersama Boss masa itu Encik Awang Y menghendap-hendap dalam semak penuh pokok kemunting dan paku-pakis itu untuk menembak burung belibis.Memang banyak burung belibis dikawasan itu dahulu, hari ini saya rasa ia masih ada lagi tetapi telah banyak betul berkurangannya.Namun apa yang saya tidak lupakan boss, Encik Awang Y, ini ialah dia suka membawa para pegawainya dan kakitangannya berjalan-jalan bila aktiviti riadah ini.Kakitangan lain seperti Din,Mat Seteno,Tengku dan lain-lain amat suka mengikut beliau dalam aktiviti yang beliau gemari ini.Dimasa itu kereta kegemarannya yang selalu dibawa ialah Citeron pada waktu itu.Hari ini beliau telah lama bersara dan saya sudah lama sungguh tidak bertemu dengan beliau.Jadi pantai Chendor yang dahulu agak sunyi sekarang telah menjadi tumpuan orang ramai, namun Chendor tetap ketinggalan jauh dari jiran sebelahnya iaitu Kemaman.

Aminudin PhD

Memori 26-Kampung Pematang Badak,Kuantan,Pahang


Kampung Pematang Badak adalah bersebelahan dengan kawasan Sungai Isap,Kuantan yang pernah tenggelam akibat banjir 10 tahun yang lampau yang masih segar dalam ingatan saya.Dimana perumahan Sungai Isap Lama dan Baru habis tenggelam.Rumah sepupu saya Sopi dan Anderil habis tenggelam paras dada air dalam rumah mereka.Begitu jugalah sebahagian besar rumah orang disitu naik air, misalnya rumah Abang Sahak terpaksa buat khenduri kahwin dalam air.Pematang biasanya merujuk kawasan yang agak tinggi masa dahulu sekarang bila-bila saja boleh jadi naik air.Inilah akibat sistem peparitan dan saliran yang sekarang banyak tersumbat dan tersekat kerana tiada sistem penjagaan yang teratur.Ada juga pendapat mengatakan lokasi tepi Sungai Isap dan Sungai Kuantan pada ketika itu tidak dapat menampung air yang terlalu banyak mengalir dari sebelah hulunya mengakibatkan banjir besar terjadi.

Kampung Pematang Badak mendapat nama dari adanya badak dikawasan itu dahulu.Hari ini kalau kita dari Batu 5 untuk keIndera Mahkota boleh melalui jalan Pematang badak keBukit Rangin dan keIndera mahkota dengan jalan yang telah dinaik taraf.Jalan ini dimasa saya bertugas diagensi keselamatan Pahang dahulu masih tanah merah dan sekarang seperti saya katakan tadi telah ada Jalan Bypass.Pematang Badak pula telah ada balai polis yang cantik dimana dahulu adalah kawasan bencah.Begitu juga perumahan Bukit Rangin telah siap dan terdapat sebuah masjid yang amat cantik pula.Inilah pembangunan sekitar Pematang Badak dan kalau diteruskan perjalanan kita boleh sampai keKampung Tanjung Putus pula.Disinilah saya dapati ada perkuburan orang Islam bagi persekitaran tersebut.Kampung Tanjung Putus mungkin mendapat nama kerana tanjung telah putus akibat aliran sungai yang telah menjadi lurus dan tidak bengkok lagi.Dimana dalam konsep Ilmu Alam ia telah menjadi kawasan takungan yang berbentuk tapak kaki kuda.Ada juga kemungkinan bernama putus itu kerana telah putus hubungan dengan keduniaan bila seseorang meninggal dunia, sebab itu Kampung Tanjung Putus dibuat orang tanah perkuburan.Namun begitu janganlah kita terkejut bahawa dikampung itu seingat saya ada lapangan sasar dekat kaki bukit disitu.

Jadi perkampungan Pematang badak,Sungai Isap,Bukit Rangin dan Tanjung Putus akan terus membangun dengan adanya bypass yang besar dan cantik, namun penghuninya kadang-kadang tidak tidur berapa lenyap terutama dimusim hujan yang lebat takut kalau-kalau banjir yang melanda 10 tahun lampau mengucapkan selamat bertemu lagi bagi kali yang kedua.

Aminudin PhD

Sunday, May 2, 2010

Memori 25-Pulau Kujan/Kuala Kujan,Temerloh,Pahang

Pulau Kujan mahupun Kuala Kujan,Temerloh adalah kampung yang masih segar dalam ingatan saya .Semasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh saya dapati ramai juga keluarga Jasni (namun saya panggil dia Mi) tinggal disitu.Mengikut ceritanya Kujan adalah nama seorang Jawa yang membuka penempatan disitu dan selalu pula hujan turun dikuala sungai yang menyebabkan nama Kampung Kujan melekat jadi nama kampung tersebut.Kalau saya tidak silap nama seorang usahawan yang terkenal diTemerloh ialah Yusof Kujan yang saya kira adalah dari keturunan kujan inilah agaknya.Hari ini saya difahamkan Mi tidak lagi tinggal dikampung Kujan tetapi sekitar perumahan menuju ke lebuh raya Kuantan-Kuala Lumpur.Semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh itu, DOnya ialah Jaafar yang mana kami ada membuat program PPRT yang dikendalikan oleh Unit PLB secara gotong-royong dengan penduduk kampung dan pasukan keselamatan bagi membina rumah tersebut.

Mi pula secara lansung adalah dibawah pengawasan saya yang melaksanakan tugasan lelongan tanah dipejabat kami.Pada masa itu kami telah membuat teknik lelongan awam menggunakan secara berkomputer.Kami telah memenangi anugerah Khas dari MAMPU dalam pertandingan yang diadakan bagi seluruh Pejabat Daerah diseluruh Malaysia.Saya mendapati Mi adalah seorang kakitangan yang rajin menimba ilmu dan saya difahamkan dia telah belajar secara persendirian diperingkat ijazah pertama dan sarjana diUPM.Namun dalam perkhidmatan awam dimasa itu ijazah bukanlah menjadi ukuran bagi kekananan sesorang pejawat awam tetapi senioriti.Namun pada hari ini dasar itu telah berubah dan saya diberitahu pula bahawa lulus peperikasaan menjadi salah satu kreteria untuk naik pangkat.Jadi kesimpulannya bukanlah mudah untuk naik pangkat dalam perkhidmatan awam.Tetapi baru ini pasukan polis menerima "durian runtuh " dimana sistem naik pangkat boleh diperoleh setelah bertugas berberapa tahun dalam perkhidmatan polis.Jadi pihak polis haruslah bersyukur dengan pemberian tersebut dan tidaklah lagi liat untuk bertugas.

Aminudin PhD