Monday, May 10, 2010
Memori 29-Kampung Balok,Kuantan,Pahang
Kampung Balok,Kuantan,sekarang begitu pesat membangun.Dari perkampungan kecil dahulunya kini begitu pesat membangun dengan pembinaan perumahan yang tumbuh macam cendawan.Masa saya bertugas diagensi keselamatan Pahang dahulu Pantai Balok tidak ramai dikunjungi orang untuk mandi-manda kerana orang ramai lebih suka berkunjung ke Pantai Telok Chempedak yang hampir dengan bandar Kuantan.Tetapi hari ini Pantai Balok ramai dikunjungi orang lebih-lebih lagi bila MPK telah membina pusat riadah diBalok.Kami kakitangan Pejabat Daerah Temerloh pernah bermalam ditapak riadah MPK ini dengan menjalankan aktiviti berkhemah.Harga rumah diBalok kini melambung naik umpamanya Perumahan PASDEC yang dibelakang pekan Balok habis dijual.Manakala dimusim bulan puasa pasar ramadhan pekan sari Balok menjadikan laluan trafik tidak terkawal kerana kereta diletak bersimpang-siul.
Kampung Balok menurut beberapa penduduk yang saya temui mendapat namanya kerana ada banyak balak dahulu disitu.Memanglah dari pengamatan saya disebelah kampung itu ada kawasan Hutan Simpan Balok sekarang.Dahulu sebelum Taman industri Gebeng hutan disitu banyak diusahakan orang untuk dikeluarkan balak.Begitu juga seingat saya tapak Kuari Penggorak dahulu banyak pokok-pokok besar yang hidup disitu tetapi hari ini saya dapati sudah habis botak dimana batu-batu pula dikorek dan dipecahkan menjadi bantu granait.Perumahan Murah Balok yang dahulunya tidak bermaya kini nampak ceria dan begitu banyak rumah baru yang naik.Begitu juga perumahan kastam telah meningkatkan suasana ekonomi disitu.Saya dapati juga Masjid Balok yang asalnya dibina secara persendirian kini telah nampak cantik dan bersih.Begitu juga hotel-hotel yang dibina sekitarnya telah banyak yang diubahsuai dan kian cantik.Ini semua adalah kerana limpahan Industri Gebeng yang berkembang dihampir pekan Balok.Masa saya bertugas diUPEN,Pahang kami merancang membangunkan Industri Gebeng sebagai Hub Petrochemical dan juga pelabuhan Kuantan,jadi berbaloilah kajian yang kami jalankan itu kerana sekarang telah membuahkan hasilnya.
Namun begitu saya agak terkilan juga bila mendapat tahu ,bila operasi Pelabuhan Kuantan telah diswastakan.Ini adalah kerana ia bersifat keuntungan kepada syarikat yang mengambil alih itu.Malahan ianya bukan anak syarikat kerajaan pahang pun.Jadi apa lagi yang kita ada selain dari pantai laut yang sememangnya kita nikmati secara percuma sejak dahulu, manakala yang lainnya kini kebanyakan dimiliki oleh orang luar.Pahang oh pahang.
Aminudin PhD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment