Sunday, May 30, 2010

Anekdotku 6-Menjerat Pelanduk dan landak Bersama Pakwe Idin


Memang banyak kenangan saya dengan Pakwe Idin berkenaan menangkap haiwan liar.Pakwe Idin yang tinggal diKampung Keledek masa saya kecil adalah seorang bujang dan bila cuti sekolah saya keKampung Keledek duduk dengan dia ataupun rumah Aki Muhamad tepi sekolah Kampung Keledek itu.Rumah We terletak dalam cerang (sekarang orang memanggil dusun buah) dan bila besar pokok buah ia menjadi kebun buahan-buahan.Masa itu dalam cerang We Idin ditanam labu,mentimun tahun,pisang,keledek,jagong,terung dan lain-lain.Kami tinggal dalam cerang itu untuk menangkap pelanduk dan landak yang datang kecerang kami untuk mendapatkan makanan.Pelanduk mudah ditangkap dengan menggunakan jerat pingkas atau jerat serengkup.Jerat pingkas yang kami buar biasanya adalah dengan satu kayu yang boleh dilentur dan dipasang tali jerat yang dibuat satu pesawat ditanah yang boleh membingkas bila dipijak oleh pelanduk.Namun sebelum itu kami telah membuat denai(lorong) dari reba (biasanya kayu-kayu dan daun-daun kering) seperti resam dan paku-pakis yang akan mengakibatkan pelanduk mengikut denai itu dan akhirnya terjebat dikawasan tali jerat yang dilitupi oleh daun-daun kering atau ranting-ranting kayu.Bagi perangkap serekup pula yang dibuat oleh Pakwe dari kayu-kayu kelat yang diikat dengan akar-akar beluru merupakan serekup yang dipasang pesawat kepadanya bila dipijak oleh pelanduk ia akan jatuh dan serengkup itu akan mengurung pelanduk tersebut.Kedua jenis perangkap yang saya katakan diatas tadi ada kebaikan dan kelebihan masing-masing.Jenis jerat pingkas akan menjadikan pelanduk mati kalau kita lambat pergi menenguknya sebab pelanduk terlalu lama tergantung dan kelaparan yang kemudiannya dia mati.Manakala jerat jenis serungkup pula akan membolehkan kita memperolehi pelanduk yang hidup tetapi ada peluang terlepas bila kita berusaha untuk mengambilnya.

Landak pula kami menangkap menggunakan sangkar besi macam sangkar atau perangkap tikus.Pakwe mendapatkannya dengan menempah khas dari kedai cina dari Bukit Betong.Kami memasang perangkap landak memerlukan kemahiran dalam mencari lubang-lubang landak dalam cerang kami itu.Pakwe tahu semua tempat dimana terdapat lubang-lubang landak itu.Jadi kami akan meletakkan perangkap dihadapan lubang-lubang yang telah dikenalpasti.Dalam perangkap itu kami letakkan umpan yang menjadi kegemaran landak iaitu keledek,ubi kemili,keladi dan kadang-kadang labu.Jadi bila landak cuba untuk mengambil makanan itu maka tutup perangkap pun tertutup dan landak kami perolehi.Pelanduk dan landak mempunyai daging yang sedap dimakan tetapi kenalah dibuang " ipoh " dalam perut pelanduk dan hempedu landak sebelum kita buat gulai.Hinga hari ini saya terkenangkan Pak we Idin yang telah pergi meninggalkan kami dan bila anaknya kahwin ayah saya telah mewali hakimkannya dan Al-Fatihah buat Pak We .

Hadis berkaitan dengan aspek pemburuan dari Syaddad bin Aus RA katanya, " Ada dua pesan Rasulullah SAW yang selalu kuingat dengan baik, iaitu sabda beliau " Sesungguhnya Allah Taala telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik terhadap segala-galanya.Jika kamu membunuh (buruan) lakukanlah dengan cara yang baik.Dan jika kamu menyembelih sembelihan, lakukanlah dengan cara yang baik, tajamkan mata pisaumu, sehingga tidak terlalu menyakiti hewan sembelihan " (Al-Imam Muslim, Terjemahan Hadis Shahih Muslim,2007:72)

Aminudin Ph.D

2 comments:

  1. Salam..
    Syukurlah tuan masih mengingati arwah dan pasti sekali arwah adalah seorang yg baik dan tidak berkira.saya pun suka ttg kehidupan menjerat dan hidup di perkampungan ni,,apa pun contactlah saya d gmail saya ni,,,semoga roh arwah dicucuri rahmat dan berada di kalangan org2 yg beriman,,amin

    ReplyDelete
  2. Istilah 'aki' ni sama ke maksudnya dengan datuk? Setahu aku hanya kaum dayak (suku kadazandusun dan murut menggunakan perkataam aki untuk datuk). Boleh saya tahu admin ni suku Melayu apa? Banjar ka?

    ReplyDelete