Wednesday, May 26, 2010

Memori 40-Kampung Gudang Rasau,Kuantan,Pahang


Sebenarnya Kampung Gudang Rasau,Kuantan ,Pahang adalah juga dipanggil orang sebagai Batu Lima,Kuantan.Inilah kampung yang mula-mula saya tinggal diKuantan semasa saya berkhidmatan diagensi keselamatan.Kami tinggal dirumah sewa Wak dekat Jabatan Pertanian masa itu yang mana kini telah menjadi Kolej Islam Pahang.Masa itu kami tinggal sesama bujang iaitu Rahman Hassan,Ina Hassan,Kama Cigu Bakar dan Amran.Hari ini bila saya mencari semula rumah tersebut sudah tiada lagi.Namun begitu rumah sewa abang Sahak,Ustaz Siraj dan Abang Ali, masih ada lagi.Abang Ali dan Ustaz Siraj bila pencen telah balik keKampung Relong.Manakala Abang Sahak telah kembali kerahmatullah namun dia mempunyai rumahnya sendiri diPematang badak.Tentang nama kampung Gudang Rasau ini saya difahamkan berasal dari nama seorang yang membina gudang kayu disitu dan sempena gudang dan namanya kampung itu digelar Gudang Rasau iaitu gudang yang dimiliki oleh Encik Rasau.Tetapi sekarang kampung ini dipanggil pula kampung Mat Kilau sempena pahlawan melayu Mat Kilau yang kemunculan dan mengistiharkan dirinya dikampung inilah.Jadi nama kampung ini ditukar menjadi Kampung Mat Kilau pula.Malahan sempena itu dewan orang ramai dikampung ini turut dinamai Dewan Mat Kilau.Turut sama sekolah yang saudara saya Anderil mengajar ditepi Jalan Kuantan-Pekan turut dinamakan Sekolah Mat Kilau, jadi tak sia-sia pahlawan Mat Kilau menentang penjajah Inggeris dahulu itu kerana namanya dikenang sekarang.Hanya yang saya menunggu sekarang ialah sebuah film yang akan mengisahkan perjuangan Mat Kilau yang dikatakan menelan belanja berjuta-juta ringgit belum memulakan pengambarannya.

Kawasan sekitar Kampung Gudang Rasau sekarang banyak institusi pengajian tinggi didirikan seperti Kolej Islam Pahang,Kolej Mara dan Institiut Kemahiran Mara telah ada.Ini merupakan peluang perkerjaan bagi penduduk setempat. Jadi banyak perniagaan yang boleh diusahakan bagi keperluan para pelajar yang tinggal disitu dan terpulanglah pada penduduk disitu memikirkan apakah perniagaan yang hendak diusahkan.

Aminudin Ph.D

No comments:

Post a Comment