Friday, May 21, 2010

Memori 36-Kampung Pantai Sepat,Kuantan,Pahang


Kampung Pantai Sepat terletak ditepi jalan lama kePekan -Kuantan yang mana kita kena menyusuri jalan tepi pantai itu.Jalan ini bolehlah dikata tidak begitu sibuk berbanding jalan Pekan-Kuantan melalui jalan Gambang.Walaubagaimanapun sekarang sejak pembangunan pesat Tanjung Lumpur dan Kampung Kempadang jalan ini boleh dikatakan banyak juga kadar trafiknya.Pantai Sepat mengingatkan saya semasa bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan yang masa itu Pegawai Daerahnya Datok Muhayuddin.Saya difahamkan sekarang dia uzur kerana sakit lutut dan tidak berapa boleh bermain golf lagi.Semasa saya bertugas itu adalah kami membina berberapa infrastruktur bagi pantai ini yang saya dapati pantai ini cantik dan boleh dijadikan tempat permainan seperti futsal pantai dan bolatampar pantai.Namun ada juga saya melawat baru-baru ini kepantai tersebut kerana untuk melawat kawasan ternakan lembu secara feedlot dikampung sebelah darat pantai itu iaitu diPematang Habib.Apa yang agak mendukacitakan saya ialah keadaan kebersihan pantai itu tidaklah begitu memuaskan.

Pantai Sepat mendapat namanya kerana saya dimaklumkan oleh penduduk kampung disitu dahulu banyak terdapat sepat laut disekitar pantai itu yang dalam bahasa saintifiknya digelar Pempheris spp.Tidak jauh dari pantai ini juga saya dapati banyak sawah padi dimana memungkinkan banyak pula terdapat sepat sawah disitu.Justeru itu nama Pantai Sepat adalah Tepat kerana banyak ikan sepat disekitarnya dimasa dahulu.Saya juga difahamkan semasa saya bertugas diUPEN,Pahang dahulu pantai ini dirancang untuk menjadi satu Pusat Taman Tema, namun saya percaya hasrat untuk menjayakannya oleh PKNP tidak kecapaian.Ini adalah kerana agensi tersebut yang lebih suka menunggu arahan dari pihak atasan politik sahaja dan mereka ini tidak proaktif.Berbanding dengan sektor swasta diPahang mereka lebih proaktif dan kreatif dalam membangunkan projek diPahang, agensi kerajaan walaupun diberi tanah yang bayaran premiumnya percuma oleh kerajaan boleh mengalami kerugian sedangkan pihak swasta terpaksa membeli tanah dari orang lain boleh mendapat keuntungan yang lumayan.Inilah Pahang negeri tumpah darah ku sendiri.

Aminudin Ph.D

No comments:

Post a Comment