Saturday, May 8, 2010

Memori 26-Kampung Pematang Badak,Kuantan,Pahang


Kampung Pematang Badak adalah bersebelahan dengan kawasan Sungai Isap,Kuantan yang pernah tenggelam akibat banjir 10 tahun yang lampau yang masih segar dalam ingatan saya.Dimana perumahan Sungai Isap Lama dan Baru habis tenggelam.Rumah sepupu saya Sopi dan Anderil habis tenggelam paras dada air dalam rumah mereka.Begitu jugalah sebahagian besar rumah orang disitu naik air, misalnya rumah Abang Sahak terpaksa buat khenduri kahwin dalam air.Pematang biasanya merujuk kawasan yang agak tinggi masa dahulu sekarang bila-bila saja boleh jadi naik air.Inilah akibat sistem peparitan dan saliran yang sekarang banyak tersumbat dan tersekat kerana tiada sistem penjagaan yang teratur.Ada juga pendapat mengatakan lokasi tepi Sungai Isap dan Sungai Kuantan pada ketika itu tidak dapat menampung air yang terlalu banyak mengalir dari sebelah hulunya mengakibatkan banjir besar terjadi.

Kampung Pematang Badak mendapat nama dari adanya badak dikawasan itu dahulu.Hari ini kalau kita dari Batu 5 untuk keIndera Mahkota boleh melalui jalan Pematang badak keBukit Rangin dan keIndera mahkota dengan jalan yang telah dinaik taraf.Jalan ini dimasa saya bertugas diagensi keselamatan Pahang dahulu masih tanah merah dan sekarang seperti saya katakan tadi telah ada Jalan Bypass.Pematang Badak pula telah ada balai polis yang cantik dimana dahulu adalah kawasan bencah.Begitu juga perumahan Bukit Rangin telah siap dan terdapat sebuah masjid yang amat cantik pula.Inilah pembangunan sekitar Pematang Badak dan kalau diteruskan perjalanan kita boleh sampai keKampung Tanjung Putus pula.Disinilah saya dapati ada perkuburan orang Islam bagi persekitaran tersebut.Kampung Tanjung Putus mungkin mendapat nama kerana tanjung telah putus akibat aliran sungai yang telah menjadi lurus dan tidak bengkok lagi.Dimana dalam konsep Ilmu Alam ia telah menjadi kawasan takungan yang berbentuk tapak kaki kuda.Ada juga kemungkinan bernama putus itu kerana telah putus hubungan dengan keduniaan bila seseorang meninggal dunia, sebab itu Kampung Tanjung Putus dibuat orang tanah perkuburan.Namun begitu janganlah kita terkejut bahawa dikampung itu seingat saya ada lapangan sasar dekat kaki bukit disitu.

Jadi perkampungan Pematang badak,Sungai Isap,Bukit Rangin dan Tanjung Putus akan terus membangun dengan adanya bypass yang besar dan cantik, namun penghuninya kadang-kadang tidak tidur berapa lenyap terutama dimusim hujan yang lebat takut kalau-kalau banjir yang melanda 10 tahun lampau mengucapkan selamat bertemu lagi bagi kali yang kedua.

Aminudin PhD

No comments:

Post a Comment