Saturday, May 8, 2010
Memori 27-Pantai Chendor,Kuantan,Pahang
Pantai Chendor atau Kampung Chendor,Kuantan adalah yang paling hujung letaknya diDaerah Kuantan yang bersempadan dengan Daerah Kemanan,Terengganu.Kampung ini menurut cerita yang saya fahami asalnya banyak terdapat pokok-pokok kelapa ditepi pantainya yang condong dan lain-lain daun-daun gugur dengan banyak disepanjang pantainya.Entah macam mana tersalah sebut perkataan condong,maka melekatlah nama Chendor.Hari ini pantai itu masih dikunjungi oleh ramai orang untuk mandi-manda.Semasa saya bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan, saya ada mengusahakan pembinaan gerai PLB dipantai itu.Pantai ini amat sesuai untuk diadakan pertandingan bolasepak pantai ataupun bolatampar pantai kerana pantainya cantik dan luas.Berhampiran dengan pantai Chendor ini ada hotel-hotel yang bertaraf lima bintang iaitu Impiana dan beberapa yang lain.Semasa saya bertugas diagensi keselmatan Pahang dahulu, Pantai Chendor tidaklah membangun seperti sekarang yang diusahakan oleh PASDEC.Mereka membangunkan projek perumahan disepanjang jalan Kuantan-Kemaman itu.Dahulu kawasan ini boleh dikatakan dipenuhi oleh belukar dan semak.Tempat inilah saya bersama Boss masa itu Encik Awang Y menghendap-hendap dalam semak penuh pokok kemunting dan paku-pakis itu untuk menembak burung belibis.Memang banyak burung belibis dikawasan itu dahulu, hari ini saya rasa ia masih ada lagi tetapi telah banyak betul berkurangannya.Namun apa yang saya tidak lupakan boss, Encik Awang Y, ini ialah dia suka membawa para pegawainya dan kakitangannya berjalan-jalan bila aktiviti riadah ini.Kakitangan lain seperti Din,Mat Seteno,Tengku dan lain-lain amat suka mengikut beliau dalam aktiviti yang beliau gemari ini.Dimasa itu kereta kegemarannya yang selalu dibawa ialah Citeron pada waktu itu.Hari ini beliau telah lama bersara dan saya sudah lama sungguh tidak bertemu dengan beliau.Jadi pantai Chendor yang dahulu agak sunyi sekarang telah menjadi tumpuan orang ramai, namun Chendor tetap ketinggalan jauh dari jiran sebelahnya iaitu Kemaman.
Aminudin PhD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment