Tuesday, May 18, 2010

Memori 34-Kampung Tanjung Agas,Pekan,Pahang


Agas kalau mengikut Kamus Delta,1988 bererti sejenis serangga atau sandfly.Agas ini memang kami benci dizaman kami kanak-kanak dahulu kerana selalu mengganggu dan mengigit bebudak baik dalam sawah atau dalam kebun getah.Ia memang menggigit kita dan bagi yang taktahan kena gigit oleh agas akan berbintatlah kulit kita.Jadi bagi untuk menghalaunya kena lah kita bakar sampah supaya berasap dan menjadikan agas lari.Dalam daerah Kuantan ,Tanjung Agas ada namanya dikawasan Sungai Lembing tetapi nama itu tidaklah sepopular dengan Tanjung Agas yang terdapat diPekan,Pahang sekarang.Dahulu Tanjung Agas,Pekan adalah tempat pendaratan bot-bot nelayan.Semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan dahulu selain terdapatnya pendaratan oleh bot dari pendatang haram Vietnam, saya ada juga melawat kawasan itu bersama kawan saya Inspektor Karim yang mempunyai bot yang dijaga oleh saudara maranya.Jadi bolelah saya mendapat ikan segar bila mereka balik dari laut setelah menangkap ikan.

Hari ini Tanjung Agas,Pekan telah dibangunkan sebagai kawasan perindustrian minyak dan gas dan juga pengkalan maritime.Bertuahlah orang Pekan bila apa projek pembangunan seperti ini namun yang kesiannya ialah orang Pahang barat yang sentiasa tiada projek pembangunan mega ditempat mereka. Inilah yang dikatakan Pembangunan Tidak Seimbang Diantara Wilayah.Kalau perkara seumpama ini berterusan akan mencetuskan konfik pula atau dengan kata lain ketidakpuashati dikalangan populasi wilayah dimasa hadapan.Inilah yang perlu diambil perhatian oleh para perancang dan ahli politik untuk menjamin kestabilan negara dimasa akan datang.Saya telah menyuarakan pendapat saya secara teori berdasarkan Teori Keseimbangan yang perlu diteliti oleh mereka yang bijak pandai.

Bebalik kepada nama Tanjung Agas ini ,saya juga teringatkan pusat latihan ketenteraan yang kami para kedet PTD, pernah berkursus diPort Dickson yang mengingatkan saya kepada rakan sekumpulan saya iaitu Dr Badariah yang pernah tertembak dibahagian punggung dengan peluru kapor semasa kami berlatih perang dan pertempuran.Begitu juga saya teringatkan kepada Ho May Yong yang patah kaki semasa kami berkursus disitu dan juga Tanjong Agas,Port Dickson yang kami sampai bila meredah paya dan bukit semasa latihan itu.Dengan kata lain Tanjung Agas ada juga terdapat diPort Dickson namun yang tetap sama ialah agas-agasnya tetap mengigit kita tanpa belas kasihan.


Aminudin Ph.D

No comments:

Post a Comment