Pulau Kujan mahupun Kuala Kujan,Temerloh adalah kampung yang masih segar dalam ingatan saya .Semasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah Temerloh saya dapati ramai juga keluarga Jasni (namun saya panggil dia Mi) tinggal disitu.Mengikut ceritanya Kujan adalah nama seorang Jawa yang membuka penempatan disitu dan selalu pula hujan turun dikuala sungai yang menyebabkan nama Kampung Kujan melekat jadi nama kampung tersebut.Kalau saya tidak silap nama seorang usahawan yang terkenal diTemerloh ialah Yusof Kujan yang saya kira adalah dari keturunan kujan inilah agaknya.Hari ini saya difahamkan Mi tidak lagi tinggal dikampung Kujan tetapi sekitar perumahan menuju ke lebuh raya Kuantan-Kuala Lumpur.Semasa saya bertugas diPejabat Daerah Temerloh itu, DOnya ialah Jaafar yang mana kami ada membuat program PPRT yang dikendalikan oleh Unit PLB secara gotong-royong dengan penduduk kampung dan pasukan keselamatan bagi membina rumah tersebut.
Mi pula secara lansung adalah dibawah pengawasan saya yang melaksanakan tugasan lelongan tanah dipejabat kami.Pada masa itu kami telah membuat teknik lelongan awam menggunakan secara berkomputer.Kami telah memenangi anugerah Khas dari MAMPU dalam pertandingan yang diadakan bagi seluruh Pejabat Daerah diseluruh Malaysia.Saya mendapati Mi adalah seorang kakitangan yang rajin menimba ilmu dan saya difahamkan dia telah belajar secara persendirian diperingkat ijazah pertama dan sarjana diUPM.Namun dalam perkhidmatan awam dimasa itu ijazah bukanlah menjadi ukuran bagi kekananan sesorang pejawat awam tetapi senioriti.Namun pada hari ini dasar itu telah berubah dan saya diberitahu pula bahawa lulus peperikasaan menjadi salah satu kreteria untuk naik pangkat.Jadi kesimpulannya bukanlah mudah untuk naik pangkat dalam perkhidmatan awam.Tetapi baru ini pasukan polis menerima "durian runtuh " dimana sistem naik pangkat boleh diperoleh setelah bertugas berberapa tahun dalam perkhidmatan polis.Jadi pihak polis haruslah bersyukur dengan pemberian tersebut dan tidaklah lagi liat untuk bertugas.
Aminudin PhD
Sunday, May 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment