Monday, May 17, 2010

Memori 32-Kubang Buaya dan Tok Sira,Kuantan,Pahang


Kubang Buaya,Kuantan adalah sebuah taman perumahan yang ramai didiami oleh penduduk kaum Cina tinggal selain dari kawasan Air Putih,Kuantan.Disinilah kami sekeluarga tinggal semasa anak saya yang lelaki bersekolah diSekolah Menengah Agama Ehsan,Tanjong Api,Kuantan.Manakala anak perempuan saya pula bersekolah diSMART yang merupakan sekolah yang pernah saya masuki.Kubang Buaya sudah pasti ada kaitan dengan adanya pada satu ketika dahulu orang Cina memelihara buaya.Boleh dikatakan kawasan ini berair dan berpaya masa dahulu.Ini menjadikan kubang-kubang tersebut sebagai tempat memelihara buaya.Jadi nama ini telah melekat hingga kehari ini sebagai perumahan Kubang Buaya, sungguhpun sudah tiada buaya lagi pada hari ini. Secara permandangan kasar sekarang ini masih banyak lagi parit dan longkang besar dikawasan ini terutama sekali yang jelas kelihatan berdekatan dengan bangunan Jabatan Kimia sekarang dan juga cawangan IKIP.Tapak IKIP seingat saya dahulu adalah penempatan pelajar yang dipanggil Inderapura yang mana membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang gigih untuk belajar.Jadi secara umumnya penduduk Kubang Buaya yang ramai terdiri dari kaum Cina itu berlawanan pula yang tinggal disebelahnya yang menduduki taman perumahan elite yang yang dikenali sebagai Tok Sira.Saya sendiri mengingati Menteri Besar Pahang mempunyai rumahnya diTok Sira ini.Tok Sira dimasa dahulu adalah tempat letaknya Pejabat Pendidikan Negeri Pahang.Tetapi hari ini tapak pejabat itu telah diambil alih oleh Sekolah Menengah Telok Chempedak pula.Nama sekolah ini agak mengelirukan orang kerana sepatutnya ia terletak didekat Telok Chempedak padahal ia dalam kawasan Tok Sira.Saya dapati beberapa nama tempat diKuantan telah menimbulkan kekeliruan misalnya nama berkait dengan "bay" letaknya ditepi pantai tetapi ia diatas bukit.Ini terdapat pada nama Bukit Bay Rute diatas bukit tengah bandar Kuantan itu.Bagi nama Tok Sira ini mendapat namanya kerana dimasa dahulu ada orang membuat manisan iaitu dengan menyiranya.Ini memanglah kerana Tok Sira terletak didekat Pantai dan banyak pula pokok-pokok kelapa yang boleh diambil buahnya bagi orang memprosesnya menjadi manisan.Hari ini Tok Sira merupakan penempatan bagi SMSMara,Pejabat JPJ,Jabatan Kimia dan Istana Telok Chempedak yang telah dibina blok tambahan pula yang bukan sedikit perbelanjaannya.Jadi dengan kata lain Tok Sira masih mengekalkan imejnya yang elite dan orangnya pula suka menonjol diri dan selalu bermain golf.Rumah Datok Bandar Kuantan juga terletak disebelah Tok Sira ini.

Aminudin Ph.D

No comments:

Post a Comment