Thursday, May 20, 2010
Memori 35-Kampung Sg.Ular,Kuantan,Pahang
Kampung Sungai Ular,Kuantan,Pahang adalah juga perkampungan nelayan semasa dahulu.Kampung ini terletak dijalan Kuantan-Kemaman dan ianya menuju keCherating dimana tempat saya membuat lawatan kekem keselamatan yang pihak keselamatan dirikan.Kampung ini juga merupakan tempat mendarat bot-bot nelayan bagi menjual ikan segar yang ada juga terdapat hingga kehari ini.Tempat mendarat ini adalah diKuala Sungai Ular yang kini terletak tidak jauh dengan Klinik Desa Kampung Sungai Ular itu.Manakala pulau yang tidak jauh dari perkampungan tersebut dinamakan pula Pulau Ular.Saya semasa bersekolah diSMART ada berkesempatan dengan kawan-kawan masa itu mengunjungi pulau ini bersama Cikgu Ghafar untuk tujuan perkelahan dan mandi-manda.Apa yang begitu mengimbau memori saya ketika itu ialah terhadap kawan saya yang bernama Mansor Ubur-Ubur yang namanya lekat kerana peristiwa diPulau Ular inilah.Sekitar pulau ini terdapat banyak ubur-ubur bila kita hendak mandi.Jadi oleh kerana tidak begitu arif tentang ubur-ubur ini Mansor telah terkena banyak sentuhan ubur-ubur pada badannya.Jadi Mansor merasa begitu sakit dan macam hendak pensan diatas pulau ini.Jadi bermacam-macam caralah kami usahakan untuk merawat Mansor yang sedang kesakitan itu.Ada kawan-kawan yang melumurkan seluruh badan Mansor dengan pasir dipulau itu dan ada juga mencari daun-daun kayu yang dijangkakan dapat mereda sakit kena ubur-ubur tersebut.Namun macam mana ia telah hilang tidak lama kemudian mungkin kata kawan-kawan dia mengosok badannya itu dengan pukat buruk.
Hingga kehari ini nama Mansor Ubur-Ubur melekat pada nama beliau dan saya ada berhubung dengan beliau diPekan yang saya difahamkan dia bertugas diJabtan Kerja Raya,Pekan,Pahang.Saya berpendapat memanglah Pulau Ular berpotensi menjadi tarikan pelancung kerana air disekitar pulau itu amat jernih, disamping banyak ikan-ikan kalau kita berminat untuk memancingnya.Saya juga percaya kalau dibuat industri ternakan ikan laut seperti kerapu disekitar pulau itu sudah tentu dapat menjana pendapatan nelayan disitu kerana perkara seumpama ini ada dilaksanakan diPulau Langkawi dan Pulau Ketam,Selangor tetapi nampaknya diPahang kawasan yang sesuai bagi akuakultur ini banyak namun tidak dimanafaatkan oleh Kerajaan dan rakyat negeri ini , inilah yang mendukacitakan kita.
Aminudin Ph.D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment