Tuesday, May 18, 2010

Memori 33-Kampung Batu Hitam,Kuantan,Pahang


Kampung Batu Hitam,Kuantan mendapat namanya kerana banyak batu-batu hitam dipantainya.Kawan saya Dr Johari Mat yang saya dedikasi puisi untuknya dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com telah membuat kajian tentang pantai batu hitam inilah.Batu hitam ini adalah batu basalt yang merupakan batu dari gunung berapi.Dari sudut geologinya kawasan sekitar Kuantan dan Batu Hitam telah wujud sejak 340juta tahun lalu.Ini adalah dizaman karbon awal yang berlakunya proses rejahan granit.Rejahan ini berlaku berulang-ulang dan menghasilkan berbagai jenis granit.Batu Hitam sekarang terkenal sebagai tempat perlancungan diKuantan dan tempat orang mandi-manda selain dari Teluk Chempedak,Balok,Sungai Ular dan Chendor.Pantai-pantai ini dahulu merupakan tempat lawatan kami semasa bertugas diJabatan Keselamatan Negeri Pahang.Kami melawatinya agar tidak dicerobohi oleh Pendatang haram Vietnam yang melanda pantai timur satu masa dahulu.Kami bersama Rela berjaga malam dan siang untuk mengawasi mereka bila mendarat dipantai-pantai seluruh pantai timur.Bila dikalangan mereka mendarat sudah pasti pantai-pantai tadi kotor dan cemar dengan bot-bot yang mereka bawa.Jadi kami terpaksa pula selepas itu mendapatkan bantuan Jabatan Laut,Polis Merin dan Jabatan Bomba dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membersihkan pantai-pantai kita yang dicemari.

Jadi inilah kenangan bagi saya dan juga pegawai-pegawai tinggi agensi keselamatan ketika itu yang mengawal seluruh pantai-pantai negeri Pahang.Kalau ibarat simen yang belum kering sudah pasti jejak-jejak kaki kami diseluruh pantai-pantai negeri Pahang pasti ada diseluruh pantai tersebut.Saya kira boss kami Encik Awang Y dan Datok Muhammad A tentu sekali mempunyai memori yang sama dengan saya tentang jejak-jejak kaki kami ini.Rakan sejawat saya seperti Kapten Taha, Mejar Rosli,DSP Syed M dan lain-lain sekarang telah pun bersara dan kami sama-sama menjaga keselamatan negara dan negeri Pahang kadang-kadang tersentuh juga bila isu Ching Peng diberi penghormatan sedang kami bagai dilupakan.

Aminudin Ph.D

No comments:

Post a Comment