Saturday, May 8, 2010
Memori 28-Sungai Lembing,Kuantan,Pahang
Sungai Lembing,Kuantan,Pahang memang terkenal didalam dunia perlombongan bijih timah, lombong ini telah dibuka oleh syarikat perlombongan yang bernama Pahang Consolidated Company Limited (1906-1986).Sungai Lembing sebuah penempatan yang lengkap dengan infrastrukturnya.Zaman semasa perlombongan itu masih beroperasi budak-budak yang tinggal diSungai Lembing mempunyai status yang tinggi berbanding dengan mereka dari tempat lain termasuklah saya dari Ulu Lipis.Kawan-kawan saya diSMART ketika itu seperti Omar dan Kiah yang bapa mereka berkerja diSungai Lembing menjadi pelajar yang popular dan selalu menceritakan kebaikan perkampungan mereka Sungai Lembing itu.Hari ini industri perlombongan bijih timah telah merundum dan banyak lagi lombong-lombong bijih timah diPahang telah ditutup.Namun hanya sejarah yang menyebelahi mereka dimana banyak artifak perlombongan ditinggalkan menjadikan kenangan diMuzium Sungai Lembing sekarang.Muzium ini dibuka sejak tahun 2001.Saya semasa bertugas diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan ada berkesempatan melawat projek-projek diSungai Lembing, umpamanya projek ternakan rusa oleh Jabatan Pertanian dan pembinaan kolam air panas diSungai Lembing.
Sungai Lembing yang mengalami banjir saban tahun, memerlukan sungainya diperdalamkan.Buat masa ini Sungai Lembing amat cetek dasarnya dan banyak pasir sungai yang menyekat aliran air.Usaha dilakukan oleh pihak swasta pada satu ketika dahulu pernah dibuat tetapi dibantah oleh penduduk setempat yang mengatakan pihak swasta itu mengambil kesempatan mengambil bijih timah yang ada disitu.Hari ini usaha untuk melombong semula diSungai Lembing belum berjalan walaupun ada pihak yang berminat namun agensi yang berkaitan dengan perlombongan dinegeri ini tidaklah proaktif.Sungai lembing hari ini saya dapati ramai dikunjungi pelawat pada hari minggu namun kemudahan penginapan atau hotel bagi industri perlancungan disini tidak mencukupi.Saya juga menyarankan bekas lombong yang dibina secara terowong itu perlu dibaik-pulih bagi membolehkan orang ramai melihat dan berjalan didalamnya dan tidaklah hanya dalam bentuk model yang digambarkan didalam muzium sahaja.Taman-taman tema seperti diTokyo yang pernah saya lawati memberikan peluang pada pelawatnya merasakan trill dalam industri perlombongan kepada orang yang melawatnya dengan mengambil kira aspek keselamatan yang tinggi.Jadi peranan pihak swasta dalam industri pelancungan diSungai Lembing perlu digalakan.Ada dikalanga kawan-kawan saya dikalangan ahli kooprat berminat untuk menyertai projek perlancungan diSungai Lembing ini namun seperti yang saya pernah katakan agensi yang mengendalikan perlancungan dinegeri Pahang ini tidaklah proaktif juga.Malahan, negeri Pahang adalah tempat paling banyak yang berhawa dingin diMalaysia ini tapi ia masih ditahap yang sama seperti dahulu.
Aminudin PhD.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment