Wednesday, May 26, 2010

Anekdotku 1-Sungai Batu Tempat Ku Dilahirkan Dan Batu(Stone)


Sungai Batu,Kampung Relong adalah tempat saya dilahirkan.Saya dilahirkan disebuah rumah kampung terletak ditepi paya berhampiran pula dengan Gua Bama.Nama Sungai Batu mengambil sempena banyaknya batu-batu besar disitu yang merupakan akar atau sebahagian dari Gua Bama.Batu-batu besar dekat rumah kami itu adalah juga tempat saya dan rakan sebaya saya bermain semasa bebudak dahulu.Saya masih ingat betul batu-batu itulah tempat emak menjemur padi yang mengakibatkan padi-padi itu cepat betul keringnya.Batu-batu itu amat menarik pandangan saya dimana dari jauh kelihat berwarna perak bila dipanah terik mentari. Batu-batu itu pada bahagian yang menghadap gedung Wan Tekah adalah juga tempat kami kanak-kanak masa itu duduk-duduk bermain dan kadang-kadang memancing ikan yang banyak dalam gedung tersebut bersama Jefri dan Alim.Kalau hari cuti sekolah budak-budak anak Pakencik Akob akan datang turut bermain diatas batu tepi gedung itu seperti Lalmi,Miah dan Meah.Saya juga ingat dicelah-celah batu itu tumbuh banyak pokok kelat dan ara yang menjadikan beburung datang untuk memakan bebuah kayu itu.Disamping itu perkara yang saya tidak lupa ialah pokok-pokok rembia tumbuh subur berdekat batu-batu tersebut tercatuk.Dari pokok rembia inilah ayah mengambil batang dan dibelah batang rembia itu bagi diberi makan pada itek dan ayam kami selain dari padi yang kami tanam.Bila musim kering atau kemarau pula gedung Wan Tekah akan dibuka airnya bagi membolehkan kami berikan atau menangkap ikan dan biasanya dicelah-celah batu-batu itulah diamnya ikan yang besar seperti tioman,sebarau,potak,lampang dan lain-lain.

Saya juga membuat kajian tentang Lembah Bama dan percaya batu-batu dari sinilah yang dihantar keMesir bagi pembinaan Piramid itu.Hanya saya belum berkesempatan untuk menguji batu disungaibatu itu adakah sama dengan batu yang dibuat Piramid tersebut.Namun yang mistrinya pembinaan Piramid diMesir itu tidak diketahui dari mana datangnya batu-batu itu ?Selain dari itu ingatan saya yang masih kekal kehari inilah perpindahan kami dari rumah kami ditepi Gua Bama itu kerumah kami dekat rumah Cikgu Bakar itu adalah kerana pembinan Kuari Pecah batu jugalah.Rumah kami sering dihujani oleh batu-batu dari Gua Bama bila setiap kali diletupkan oleh sebedor yang tidak bermata itu.Ada perkerja yang berkerja dikuari itu menjadi kawan kami kehingga kehari ini macam Abang Ghani dan adiknya Ngah yang mencari rezeki dikuari tersebut.Hari ini mereka telah kembali semula kekampung halaman mereka diTrengganu yang mana negeri itu telah menjadi lebih makmur dari Pahang sekarang kerana hasil minyaknya.

Batu-batu halus sebesar ibu jari kita akan kami jadikan batu telangkup yang merupakan permainan popular dimasa kami bebudak.Batu-batu sebesar ibu jari itu tadi kami pilih sebanyak 7biji yang mana dilabungkan berpasang-pasang dengan sebiji dijadi batu pelambungnya untuk ditangkap dan apabila selesai akan ditimbang dibelakang tapak tangan dan dikira point apabila dapat ditangkap.Permainan ini sebetulnya permainan budak perempuan tetapi inilah yang kami mainkan dan malahan budak lelaki lebih hebat dari bebudak perempuan ketika itu terutama sekali Lalmi dan MeDagu.Batu lada pula menjadi kegemaran kami untuk dijadikan peluru bagi melastik burung bila burung banyak dimusim buah.Kadang-kadang kami melastik juga buah mempelam muda Pakngah Man.Hari ini saya dapati batu-batu sungai sudah menjadi kesukaan peminat hiasan rumah bagi menghias halaman rumah mereka.Majlis Perbandaran Kuantan pun turut membina satu laluan pejalan kaki diTaman Gelora bagi peminat urutkaki yang dibuat dari batu sungai dan inilah yang lihat batu-batu tetap berguna dalam kehidupan kita.Saya juga mendapati simpulan bahasa kita berkaitan batu iaitu batu air, batu ajuk, batu ambar, batu amzil, batu badar,batu buyung, batu kali,batu pualam dan lain-lain yang maknanya pastilah anda tahu ?

Manakala petikan dari hadis yang berkaitan elemen batu ialah " dari Abu Hurairah RA ,katanya " ketika orang-orang Habsyi mengadakan pertunjukan tombak dekat Rasulullah SAW, tiba-tiba Umar masuk lalu dia merunduk mengambil batu-batu kerikil untuk melontar mereka.Kata Nabi SAW, kepadanya, "Biarkanlah mereka bermain hai Umar " (Imam Muslim,Terjemahan Hadis Shahih Muslim,2007:117)

Aminudin Ph.D

Memori 40-Kampung Gudang Rasau,Kuantan,Pahang


Sebenarnya Kampung Gudang Rasau,Kuantan ,Pahang adalah juga dipanggil orang sebagai Batu Lima,Kuantan.Inilah kampung yang mula-mula saya tinggal diKuantan semasa saya berkhidmatan diagensi keselamatan.Kami tinggal dirumah sewa Wak dekat Jabatan Pertanian masa itu yang mana kini telah menjadi Kolej Islam Pahang.Masa itu kami tinggal sesama bujang iaitu Rahman Hassan,Ina Hassan,Kama Cigu Bakar dan Amran.Hari ini bila saya mencari semula rumah tersebut sudah tiada lagi.Namun begitu rumah sewa abang Sahak,Ustaz Siraj dan Abang Ali, masih ada lagi.Abang Ali dan Ustaz Siraj bila pencen telah balik keKampung Relong.Manakala Abang Sahak telah kembali kerahmatullah namun dia mempunyai rumahnya sendiri diPematang badak.Tentang nama kampung Gudang Rasau ini saya difahamkan berasal dari nama seorang yang membina gudang kayu disitu dan sempena gudang dan namanya kampung itu digelar Gudang Rasau iaitu gudang yang dimiliki oleh Encik Rasau.Tetapi sekarang kampung ini dipanggil pula kampung Mat Kilau sempena pahlawan melayu Mat Kilau yang kemunculan dan mengistiharkan dirinya dikampung inilah.Jadi nama kampung ini ditukar menjadi Kampung Mat Kilau pula.Malahan sempena itu dewan orang ramai dikampung ini turut dinamai Dewan Mat Kilau.Turut sama sekolah yang saudara saya Anderil mengajar ditepi Jalan Kuantan-Pekan turut dinamakan Sekolah Mat Kilau, jadi tak sia-sia pahlawan Mat Kilau menentang penjajah Inggeris dahulu itu kerana namanya dikenang sekarang.Hanya yang saya menunggu sekarang ialah sebuah film yang akan mengisahkan perjuangan Mat Kilau yang dikatakan menelan belanja berjuta-juta ringgit belum memulakan pengambarannya.

Kawasan sekitar Kampung Gudang Rasau sekarang banyak institusi pengajian tinggi didirikan seperti Kolej Islam Pahang,Kolej Mara dan Institiut Kemahiran Mara telah ada.Ini merupakan peluang perkerjaan bagi penduduk setempat. Jadi banyak perniagaan yang boleh diusahakan bagi keperluan para pelajar yang tinggal disitu dan terpulanglah pada penduduk disitu memikirkan apakah perniagaan yang hendak diusahkan.

Aminudin Ph.D

Saturday, May 22, 2010

Memori 37-Kampung Beserah,Kuantan,Pahang


Kampung Beserah,Kuantan adalah sebuah perkampungan nelayan diKuantan ini agak popular sejak dahulu lagi.Beserah yang terletak ditepi jalan menyusur pantai untuk keKuala Trengganu.Walaubagaimanapun jalan Kuantan-Kuala Trengganu boleh juga dilalui melalui jalan bypass kepelabuhan Kuantan tanpa melalui Beserah.Ini boleh kita mengelakan aliran trafik yang agak banyak jika kita melalui Jalan Beserah.Mengikut Abang Ali sepupu isteri saya, Beserah mendapat nama sempena pembukaannya oleh Tok Senik yang mula-mula membuka perkampungan disitu dengan mengucapkan kesyukuran kerana sampai dipantai Beserah dan dia beserah saja kepada Allah SWT untuk kehidupan mereka seterusnya.Tempat yang mula Tok Senik sampai ialah dekat masjid lama Beserah sekarang.Saya dan isteri saya selain tinggal dirumah kami dikubang buaya ,kami selalu juga tidur dirumah Abang Ali semasa anak-anak beliau masih kecil.Kami begitu rapat dengan keluarga beliau .Kehidupan Abang Ali sebagai pemandu diJabatan Pertanian Pahang dan membuka kedai runcit dihadapan rumahnya itu dapat membesarkan anak-anaknya seramai 14 orang adalah menjerihkan.Hari ini semua anak-anak Abang Ali telah keluar dari universiti dan tiga diantara mereka telah menjadi doktor perubatan.Jadi dengan berusaha dengan gigih penduduk Beserah seperti Abang Ali boleh berjaya membesarkan anak-anak dan inilah dimaksudkan " Beserah" oleh Tok Senik orang yang membuka Beserah dahulu.

Pembangunan Beserah sekarang begitu pesat membangun terutama dekat Statelite,Bukit Pelindung dan juga Batu Hitam.Paksu Yusof saudara isteri saya tersenyum lebar kerana mempunyai banyak tanah diBatu Hitam yang dimajukan oleh pemaju.Nilai tanah diBeserah juga adalah agak tinggi dimana ada saya bertanyakan pada adik Pakiman Masjid batu Hitam yang tanahnya dekat Jeram diBeserah itu hendak dijual dengan harga RM 150,000 seekar.Pemaju berbangsa Cina sekarang bergitu berminat untuk memajukan tanah rezab Melayu diBeserah.Masjid Beserah yang lama telah digantikan dengan yang baru yang kina berhampiran dengan sekolah Cina Beserah.Manakala Klinik Komuniti yang baru dan besar diBeserah menjadi tumpuan para pesakit terutama pada hari Isnin yang paling ramai orang mendapatkan rawatan.Saya juga dapati Parti Keadilan pula telah membina pejabatnya agak besar juga dihadapan Klinik Komuniti Beserah itu.Ini mungkin mereka teruja kerana PAS telah memenangi kerusi DUN Beserah.Saya juga hairan kenapa kekalahan DUN Beserah yang dahulu dimenangi oleh BN ,sedangkan masa kempen pilihanraya tersebut Bekas Menteri Besar Pahang yang merupakan orang Beserah turut tidak dapat mempengaruhi pengundi disitu bagi memenangi BN. Inilah citarasa politik orang Beserah.Abang Ali yang kami kasihi telah pulang kerahmatullah dan disini kami panjatkan doa kepada Illahi semuga beliau dimasukkan dalam golongan orang yang salihin dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.Al-Fatihah.

Aminudin Ph.D

Friday, May 21, 2010

Memori 36-Kampung Pantai Sepat,Kuantan,Pahang


Kampung Pantai Sepat terletak ditepi jalan lama kePekan -Kuantan yang mana kita kena menyusuri jalan tepi pantai itu.Jalan ini bolehlah dikata tidak begitu sibuk berbanding jalan Pekan-Kuantan melalui jalan Gambang.Walaubagaimanapun sekarang sejak pembangunan pesat Tanjung Lumpur dan Kampung Kempadang jalan ini boleh dikatakan banyak juga kadar trafiknya.Pantai Sepat mengingatkan saya semasa bertugas sekejab diUnit PLB,Pejabat Daerah Kuantan yang masa itu Pegawai Daerahnya Datok Muhayuddin.Saya difahamkan sekarang dia uzur kerana sakit lutut dan tidak berapa boleh bermain golf lagi.Semasa saya bertugas itu adalah kami membina berberapa infrastruktur bagi pantai ini yang saya dapati pantai ini cantik dan boleh dijadikan tempat permainan seperti futsal pantai dan bolatampar pantai.Namun ada juga saya melawat baru-baru ini kepantai tersebut kerana untuk melawat kawasan ternakan lembu secara feedlot dikampung sebelah darat pantai itu iaitu diPematang Habib.Apa yang agak mendukacitakan saya ialah keadaan kebersihan pantai itu tidaklah begitu memuaskan.

Pantai Sepat mendapat namanya kerana saya dimaklumkan oleh penduduk kampung disitu dahulu banyak terdapat sepat laut disekitar pantai itu yang dalam bahasa saintifiknya digelar Pempheris spp.Tidak jauh dari pantai ini juga saya dapati banyak sawah padi dimana memungkinkan banyak pula terdapat sepat sawah disitu.Justeru itu nama Pantai Sepat adalah Tepat kerana banyak ikan sepat disekitarnya dimasa dahulu.Saya juga difahamkan semasa saya bertugas diUPEN,Pahang dahulu pantai ini dirancang untuk menjadi satu Pusat Taman Tema, namun saya percaya hasrat untuk menjayakannya oleh PKNP tidak kecapaian.Ini adalah kerana agensi tersebut yang lebih suka menunggu arahan dari pihak atasan politik sahaja dan mereka ini tidak proaktif.Berbanding dengan sektor swasta diPahang mereka lebih proaktif dan kreatif dalam membangunkan projek diPahang, agensi kerajaan walaupun diberi tanah yang bayaran premiumnya percuma oleh kerajaan boleh mengalami kerugian sedangkan pihak swasta terpaksa membeli tanah dari orang lain boleh mendapat keuntungan yang lumayan.Inilah Pahang negeri tumpah darah ku sendiri.

Aminudin Ph.D

Thursday, May 20, 2010

Memori 35-Kampung Sg.Ular,Kuantan,Pahang


Kampung Sungai Ular,Kuantan,Pahang adalah juga perkampungan nelayan semasa dahulu.Kampung ini terletak dijalan Kuantan-Kemaman dan ianya menuju keCherating dimana tempat saya membuat lawatan kekem keselamatan yang pihak keselamatan dirikan.Kampung ini juga merupakan tempat mendarat bot-bot nelayan bagi menjual ikan segar yang ada juga terdapat hingga kehari ini.Tempat mendarat ini adalah diKuala Sungai Ular yang kini terletak tidak jauh dengan Klinik Desa Kampung Sungai Ular itu.Manakala pulau yang tidak jauh dari perkampungan tersebut dinamakan pula Pulau Ular.Saya semasa bersekolah diSMART ada berkesempatan dengan kawan-kawan masa itu mengunjungi pulau ini bersama Cikgu Ghafar untuk tujuan perkelahan dan mandi-manda.Apa yang begitu mengimbau memori saya ketika itu ialah terhadap kawan saya yang bernama Mansor Ubur-Ubur yang namanya lekat kerana peristiwa diPulau Ular inilah.Sekitar pulau ini terdapat banyak ubur-ubur bila kita hendak mandi.Jadi oleh kerana tidak begitu arif tentang ubur-ubur ini Mansor telah terkena banyak sentuhan ubur-ubur pada badannya.Jadi Mansor merasa begitu sakit dan macam hendak pensan diatas pulau ini.Jadi bermacam-macam caralah kami usahakan untuk merawat Mansor yang sedang kesakitan itu.Ada kawan-kawan yang melumurkan seluruh badan Mansor dengan pasir dipulau itu dan ada juga mencari daun-daun kayu yang dijangkakan dapat mereda sakit kena ubur-ubur tersebut.Namun macam mana ia telah hilang tidak lama kemudian mungkin kata kawan-kawan dia mengosok badannya itu dengan pukat buruk.

Hingga kehari ini nama Mansor Ubur-Ubur melekat pada nama beliau dan saya ada berhubung dengan beliau diPekan yang saya difahamkan dia bertugas diJabtan Kerja Raya,Pekan,Pahang.Saya berpendapat memanglah Pulau Ular berpotensi menjadi tarikan pelancung kerana air disekitar pulau itu amat jernih, disamping banyak ikan-ikan kalau kita berminat untuk memancingnya.Saya juga percaya kalau dibuat industri ternakan ikan laut seperti kerapu disekitar pulau itu sudah tentu dapat menjana pendapatan nelayan disitu kerana perkara seumpama ini ada dilaksanakan diPulau Langkawi dan Pulau Ketam,Selangor tetapi nampaknya diPahang kawasan yang sesuai bagi akuakultur ini banyak namun tidak dimanafaatkan oleh Kerajaan dan rakyat negeri ini , inilah yang mendukacitakan kita.

Aminudin Ph.D

Tuesday, May 18, 2010

Memori 34-Kampung Tanjung Agas,Pekan,Pahang


Agas kalau mengikut Kamus Delta,1988 bererti sejenis serangga atau sandfly.Agas ini memang kami benci dizaman kami kanak-kanak dahulu kerana selalu mengganggu dan mengigit bebudak baik dalam sawah atau dalam kebun getah.Ia memang menggigit kita dan bagi yang taktahan kena gigit oleh agas akan berbintatlah kulit kita.Jadi bagi untuk menghalaunya kena lah kita bakar sampah supaya berasap dan menjadikan agas lari.Dalam daerah Kuantan ,Tanjung Agas ada namanya dikawasan Sungai Lembing tetapi nama itu tidaklah sepopular dengan Tanjung Agas yang terdapat diPekan,Pahang sekarang.Dahulu Tanjung Agas,Pekan adalah tempat pendaratan bot-bot nelayan.Semasa saya bertugas diJabatan Keselamatan dahulu selain terdapatnya pendaratan oleh bot dari pendatang haram Vietnam, saya ada juga melawat kawasan itu bersama kawan saya Inspektor Karim yang mempunyai bot yang dijaga oleh saudara maranya.Jadi bolelah saya mendapat ikan segar bila mereka balik dari laut setelah menangkap ikan.

Hari ini Tanjung Agas,Pekan telah dibangunkan sebagai kawasan perindustrian minyak dan gas dan juga pengkalan maritime.Bertuahlah orang Pekan bila apa projek pembangunan seperti ini namun yang kesiannya ialah orang Pahang barat yang sentiasa tiada projek pembangunan mega ditempat mereka. Inilah yang dikatakan Pembangunan Tidak Seimbang Diantara Wilayah.Kalau perkara seumpama ini berterusan akan mencetuskan konfik pula atau dengan kata lain ketidakpuashati dikalangan populasi wilayah dimasa hadapan.Inilah yang perlu diambil perhatian oleh para perancang dan ahli politik untuk menjamin kestabilan negara dimasa akan datang.Saya telah menyuarakan pendapat saya secara teori berdasarkan Teori Keseimbangan yang perlu diteliti oleh mereka yang bijak pandai.

Bebalik kepada nama Tanjung Agas ini ,saya juga teringatkan pusat latihan ketenteraan yang kami para kedet PTD, pernah berkursus diPort Dickson yang mengingatkan saya kepada rakan sekumpulan saya iaitu Dr Badariah yang pernah tertembak dibahagian punggung dengan peluru kapor semasa kami berlatih perang dan pertempuran.Begitu juga saya teringatkan kepada Ho May Yong yang patah kaki semasa kami berkursus disitu dan juga Tanjong Agas,Port Dickson yang kami sampai bila meredah paya dan bukit semasa latihan itu.Dengan kata lain Tanjung Agas ada juga terdapat diPort Dickson namun yang tetap sama ialah agas-agasnya tetap mengigit kita tanpa belas kasihan.


Aminudin Ph.D

Memori 33-Kampung Batu Hitam,Kuantan,Pahang


Kampung Batu Hitam,Kuantan mendapat namanya kerana banyak batu-batu hitam dipantainya.Kawan saya Dr Johari Mat yang saya dedikasi puisi untuknya dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com telah membuat kajian tentang pantai batu hitam inilah.Batu hitam ini adalah batu basalt yang merupakan batu dari gunung berapi.Dari sudut geologinya kawasan sekitar Kuantan dan Batu Hitam telah wujud sejak 340juta tahun lalu.Ini adalah dizaman karbon awal yang berlakunya proses rejahan granit.Rejahan ini berlaku berulang-ulang dan menghasilkan berbagai jenis granit.Batu Hitam sekarang terkenal sebagai tempat perlancungan diKuantan dan tempat orang mandi-manda selain dari Teluk Chempedak,Balok,Sungai Ular dan Chendor.Pantai-pantai ini dahulu merupakan tempat lawatan kami semasa bertugas diJabatan Keselamatan Negeri Pahang.Kami melawatinya agar tidak dicerobohi oleh Pendatang haram Vietnam yang melanda pantai timur satu masa dahulu.Kami bersama Rela berjaga malam dan siang untuk mengawasi mereka bila mendarat dipantai-pantai seluruh pantai timur.Bila dikalangan mereka mendarat sudah pasti pantai-pantai tadi kotor dan cemar dengan bot-bot yang mereka bawa.Jadi kami terpaksa pula selepas itu mendapatkan bantuan Jabatan Laut,Polis Merin dan Jabatan Bomba dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membersihkan pantai-pantai kita yang dicemari.

Jadi inilah kenangan bagi saya dan juga pegawai-pegawai tinggi agensi keselamatan ketika itu yang mengawal seluruh pantai-pantai negeri Pahang.Kalau ibarat simen yang belum kering sudah pasti jejak-jejak kaki kami diseluruh pantai-pantai negeri Pahang pasti ada diseluruh pantai tersebut.Saya kira boss kami Encik Awang Y dan Datok Muhammad A tentu sekali mempunyai memori yang sama dengan saya tentang jejak-jejak kaki kami ini.Rakan sejawat saya seperti Kapten Taha, Mejar Rosli,DSP Syed M dan lain-lain sekarang telah pun bersara dan kami sama-sama menjaga keselamatan negara dan negeri Pahang kadang-kadang tersentuh juga bila isu Ching Peng diberi penghormatan sedang kami bagai dilupakan.

Aminudin Ph.D