Friday, February 12, 2010

Memori 1 -Pejabat Daerah Kroh atau Sekarang Pengkala Hulu, Perak


Memori saya yang pertama ialah kenangan bertugas diPejabat Daerah Kroh atau sekarang telah ditukar namanya kepada Pejabat Daerah dan Tanah Pengkalan Hulu, Perak.Saya bertugas disitu pada tahun 1980 yang ditukarkan dari Kuantan ,Pahang dimana saya tinggal serumah dengan Penolong Pegawai Daerah,iaitu Encik Fadzil (orang Alor Star)disebuah rumah kerajaan jenis kayu yang berhampiran padang tenis.Apa yan menjadi kenangan kepada saya ketika itu ialah "keadaan darurat " masih berkuat kuasa lagi, waktu malam pihak keselamatan sentiasa " menembak " kearah sasaranya.Bagitu juga "pelarian " dari jiran sebelah datang agak banyak.Kami ,ketika itu bertugas membantu "pelarian " tersebut dengan memberikan bantuan yang terdaya.Namun ditempat mereka membina khemah itu terdapat air panas yang cantik yang kemudian kami baiki bagi membolehkan mereka mandi- manda.Kadang-kadang saya dan Fadzil mandi juga bersama disitu.Saya masih ingat kakitangan pejabat daerah yang gigih memberikan pertolongan kepada mereka ialah Leman dan Muniandy.Leman pula adalah kerani pejabat kami dan Muniandy adalah pemandu kereta pejabat daerah ketika itu.Kami membantu memberikan barang makanan dan juga beras kepada "pelarian " yang mendatangi daerah kami ketika itu.Saya juga dibantu oleh Kapten Sabri ketika itu untuk menyelaras hal-hal pentadbiran.Ketua Penolong Pegawai Daerah ,zaman kami ialah Encik Rahman (orang Kedah)turut membangunkan Daerah Kroh yang hari ini saya kira telah membangun dengan pesat.Zaman kami dahulu ,kalau hendak keBaling , jalanya amatlah bengkang-bengkok begitu jugalah kalau hendak keGrik.Sebut saja jalan ke Grikmelalui Klian Intan, dimasa itu satu perusahaan lombong bijih giat diusahakan disitu . Lagipun "keadaan darurat " masih lagi ada jadi kalau kami hendak pergi mesyuarat diBaling atau Grik kena diescort dengan kereta APC tentera.Begitu juga kalau kami hendak kepusat imigresen yang bersempadan dengan Betong,Thailand pun kena escort juga.Malahan saya pernah terperangkap dibawah meja dipusat imigresen tersebut untuk pelindungan.Hari ini semua keadaan disana sungguh aman.Malahan kalau nak mandi manda dikawasan air panas dan tasik dekat padang golf pun boleh.Nama Kroh adalah sempena empangan yang dibina oleh Raja Reman bagi gajah-gajah ketika itu untuk mandi, namun oleh kerana air empangan itu sentiasa keroh, maka tempat itu dipanggil Kroh dan pada 4 Januari 1984 ,ianya telah ditukar menjadi Pengkalan Hulu.

Kroh, tetap menjadi kenangan saya semasa bertugas disana,saya sungguh gembira bila ada masa lapang ,kami berjalan kekampung-kampung orang Siam ,sambil menikmati buah-buahan kampung yang dipanjat oleh Leman dan kami memakannya dibawah pokok-pokok buahan itu bersama Fadzil disitu disamping bergurau senda dengan orang Siam yang telah menjadi rakyat kita itu.

Aminudin, Phd.

No comments:

Post a Comment