Thursday, February 25, 2010

Memori 7-Ipoh , Perak


Ipoh adalah ibu Negeri Perak.Asal nama Ipoh ini terdapat banyak Versi yang diantaranya adalah berasal dari nama pokok Ipoh yang dijadikan bahan oleh orang Asli sebagai racun dalam alat sumpitan mereka bagi membunuh mangsanya.Versi kedua pula ialah dari dailek cantonese yang berasal dari perkataan Yee Poh yang bermakna berjumpa hartakarun.Ini adalah semasa kumpulan Hai San membuka pekan kecil diIpoh itu telah membina kemudahan tempat tinggal bagi para perkerja lombong bijih timah seperti makan-minum dan peralatan mereka dan menemui " harta karun " tersebut iaitu bijih timah.Versi yang ketiga pula adalah Ipoh itu asalnya dari sejenis alat perlombongan bijih timah iaitu 'Paloh'yang sering digunakan oleh orang Cina dalam perlombongan ketika itu.,Ipoh juga mendapat jolokan nama 'Bandar Bougainvillea' yang bermakan 'Bandar diatas Bukit' yang telah dibina sejak 1820an sebagai pekan kecil ditepi Sungai Kinta yang kini telah mendapat taraf Bandaraya.

Ipoh menjadi memori saya adalah kerana semasa saya bertugas diPejabat Daerah dan Tanah, Kroh,Perak ada juga saya menghadhiri mesyuarat diIpoh bersama Encik Rahman (Ketua Penolong Pegawai Daerah masa itu dan kemudian menjadi Pengarah JPJ,Perak) dengan ketua-ketua Jabatan diIpoh.Kami menaiki kereta beliau yang juga jenis Ford ketika itu dan bermalam diIpoh, dirumah rihat Jalan Tambun.Selepas dari itu bila saya bertukar keBahagian GSPS diJalan Dato'Onn , kami ada juga menjalankan kursus GSPS bagi Negeri Perak yang ketika itu saya , Cikgu Ramli,Pakabu dan lain-lain memberikan ceramah dan latihan amali yang kami adakan diHotel Tambun Inn.Ketika itu tahun 1980an , hotel tersebutlah yang paling baik dan top.Hari ini sudah banyak hotel bertaraf 5 bintang diIpoh.Ketua Jabatan yang sering membantu kami ketika itu ialah Pak Khalil yang ramah orangnya dan banyak bercerita tentang pengalaman beliau bertugas diIpoh yang sering menyediakan buah-buahan tempatan ketika itu iaitu Limau Tambun dan kacang tanah Mengembu untuk kami bawa balik sebagai ole-oleh bila balik keKuala Lumpur.Saya begitu lama tidak ketemu lagi dengan Pak Khalil dan saya difahamkan kini tempatnya telah digantikan oleh Encik Shahbudin.Kenangan semasa saya menuntut diJENAN pula ialah saya ada berjalan dan bermalam dirumah Sanusi Awi dan Yunus ketika itu diManjoi,Ipoh kerana saya tidak balik kePahang.Bagi mengisi masa lapang kami mengunjungi Ipoh dan Taiping,kami keTaiping kerumah Nasaruddin.Kawan-kawan yang saya sebutkan itu kini telahpun juga menjadi pegawai tinggi kerajaan sekarang dan saya ada berhubung dengan Sanusi dan Nasaruddin tetapi Yunus (saya difahamkan bertugas dengan Mardi)belum dapat saya hubungi lagi.Itulah kami generasi JENAN yang saya kagumi kerana begitu menghargai persahabatan diantara kami dahulu.Sebab itu jugalah agaknya JENAN atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah menduduk Carta 20 Sekolah Terhebat diMalaysia kerana sikap para pelajarnya.

Aminudin PhD

No comments:

Post a Comment