Wednesday, February 24, 2010

Memori 6- Kangar,Perlis


Perlis yang dipanggil Palit oleh orang Siam adalah dua negeri yang berjiran.Kangar adalah ibu Negeri Perlis sekarang yang namanya diperolehi dari dua versi.Versi pertama mengatakan dia berasal dari pokok atau pohon kangar yang sama juga dengan nama Melaka.Begitu juga nama Negeri Pahang yang ada mengatakan dari pokok Kemahang tetapi saya kurang bersetuju kerana ia sebenarnya berasal dari nama pokok Medang yang banyak diDaerah Kuala Lipis, malahan nama Kampung Kuala Medang pun termasuk dalam kajian saya berjudul Menyingkap Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong),2009 telah saya buktikan.Selain dari itu nama Kangar juga adalah sempena nama burung helang yang dipanggil Kangor bagi versi yang kedua.Walaubagaimana pun nama Kangar kekal kehari ini yang merupakan sebuah Pelabuhan darat yang wujud sejak tahun 1653 ditepi Sungai Perlis itu.

Kangar menjadi ingatan saya bila kami yang berkursus di INTAN dahulu dimana ada membuat lawatan kekilang gulanya dan kebun-kebun buah mangga Perlis.Hari ini mangga Perlis telah mendapat nama dipasar-pasar buah negara kita.Apa yang menjadi kenangan kami Pegawai PTD yang melawat ladang gula Perlis tahun 1980an itu ialah ketika musim membakar ladang tebu itu yang merupakan prosedur biasa bagi perladangan tebu, sedangkan kami yang memakai baju yang warnanya cerah dan bertali leher akan terasa ada tampok-tampok hitam melekat dibaju akibat pembakaran ladang ketika itu.Selain dari itu saya juga ada melawat pejabat PTG Kangar sebagai salah satu modul kursus tanah untuk melihat geran-geran tanah diPerlis yang masih disimpan dengan baik.Apabila saya bertukar keUnit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) dengan bertugas diPasukan PMS 2 , saya ada juga berkesempatan melawat Kangar sekali lagi dan sudah pasti gembira melihat liputan sistem atau rangkaian sistem komputer dapat meliputi keseluruh negeri tersebut berbanding dengan negeri seperti Pahang dan Perak.Inilah istimewanya Perlis yang kecil tapi cantik.


Aminudin PhD

2 comments:

  1. saya merupakan pelajar senibina landskap tahun 3 uitm shah alam.. saya ingin membuat kajian tentang Kampung Kuala medang..

    nak tanya,
    mcm mana nak dapatkan ''kajian entang Menyingkap Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg.Relong),2009''

    ReplyDelete
  2. Sdr Andresyah Omar, buku tersebut ada beberapa naskhah diPerpustakaan Negara, Ibu Pejabat diKuala Lumpur,Jalan Tun Razak

    ReplyDelete