Friday, February 12, 2010
Memori 2-Pekan Baling,Kedah Tahun 1980
Pekan Baling,Kedah menjadi terkenal kerana diadakan perjumpaan diantara Tunku Abdul Rahman dengan wakil Parti Komunis Malay diSekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris),Tunku Putera Baling pada 28 Disember 1955.Wakil dari pihak kerajaan ialah Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj,Dato'Tan Cheng Lock,Sir David Marshall dan wakli PKM pula terdiri dari Chin Peng,Chen Tien dan Rashid Maidin.Perjumpaan diBaling ini membuat pekan itu jadi terkenal walaupun rundingan tersebut menemui kegagalan dan Chin Peng dan anggota PKM meneruskan perjuangan mereka.Hari ini semua itu tinggal sejarah dan buku berjudul "The Memoris of Rashid Maidin From Armed Struggle to Peace",2009, yang diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre, memuatkan memori yang menulis tentang Klian Intan dan Baling seperti berikut :-
" In order for the talks to take place, the Malayan government and CPM had agreed to a ceasefire zone between Klian intan and baling.Our delegation consisted of Chin Peng as the head, Chen Tien and my self as members , and a 10th Regiment comarade as the chief guard, accompanied by Chinese comarades.We werw welcomed by Captain John Davis at the edge of the jungle in tin mining area near Klian intan.Davis had been in Force 136, the British guerrilla troop that had worked with the CPM during the anti-Japanese war " (The Memoris of Rashid Maidin,page 69)
Baling, menurut buku "Peta Warisan Semenanjung Malaysia ",PETRONAS,1990, mukasurat 56, menulis " Baling boleh dikatakan bandar yang sunyi.Ada sebuah tugu memperingati kemerdekaan,sebuah menara jam serta dua deret rumah kedai cina.Pada tahun 1955 bandar ini tiba-tiba menjadi terkenal kerana disinilah berlansungnya pertemuan diantara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng dengan ketua-ketua komuis yang lain".Semasa saya bertugas diPejabat Daerah Kroh, pekan yang paling hampir tempat kami membeli-belah dan mencari barang dipekan sehari ialah Baling.Seingat saya bank yang ada waktu itu ialah Malayan banking dan Bank Rakyat.Saya membuka akuan gaji diBank Rakyat yang waktu itu membolehkan kami meminjam wang.Hari ini Bank Rakyat telah berkembang pesat dan dapat memberikan dividen yang lebih baik dari Amanah saham pula, dimasa dahulu,prestasinya adalah kurang baik.Selain dari itu seperti yang saya pernah coretkan dalam blog saya Sungaibatuderelong, saya mempunyai bapa angkat diKampung Padang Dan, Baling ini.Malahan bila kereta saya mengalami kemalangan dekat pekan Kuala Ketil, saya selalu juga kerumah bapa angkat saya iaitu Encik Nai, dimana diantara kegemaran kami adalah mandi sungai disitu bersama Zahid dan Muhammad ,anak kepada Ayah Nai.Hari ini bandar Baling sudah pasti telah banyak berubah dan membangun, namun yang pasti gua batu kapur didekat bandar itu mengingatkan saya pada kampung Relong dimana tempat saya lahir disungai batu, mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu kedamaiannya.Itulah Baling yang saya kenang dan semacam ada orang membaling sesuatu kebelakang saya supaya mengingatinya.
Aminudin Phd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment