Tuesday, February 23, 2010
Memori 4-Alor Setar, Kedah
Alor Star atau Alor Setar adalah ibu negeri Kedah sekarang yang telah dibina sejak tahun 1735 lagi.Bandar ini mempunyai sejarah silam yang unik dalam lipatan sejarah Kerajaan Siam dan Kedah.Alur kalau mengikut Kamus Dewan bermakna aliran air (semacam parit kecil), manakala Setar adalah sejenis buah yang kami diPahang memanggilnya buah kundang yang selalu saya coretkan dalam blog saya Sungaibatuderelong.blogspot.Sekarang bulan Februari saya dapati banyak buah kundang ini dijual dipasar malam dan saya diberitahu datangnya dari Thailand.Biji buah kundang ini warnanya unggu biji kundang dan dimasa muda ia sedap dibuat jeruk.Semasa saya bertugas diJPM , kami ada juga mengadakan mesyuarat diAlor Star yang seingat saya ketua atau wakil kami diAlor Star ialah Pak Engku yang pernah menjadi ketua Jabatan unit yang sama diNegeri Sembilan.Memori saya selain dari itu ialah semasa saya menuntut diJENAN atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra ialah kami selalu juga dari Jitra menaiki bas keAlor Setar untuk membeli belah dan mencari buku dibandar ini.Kegemaran saya ialah merayap dipasar rabu bandar tersebut.Selain dari itu bila menjelang cuti panjang sekolah kami balik kepantai Timur ( saya berhenti distesyen keretapi Kuala Lipis) akan menaiki keretapi dari Stesyen Alor Setar keKuala Lipis dengan ada gerabak yang boleh tidur.Namun kerana maklumlah kami zaman tu agak nakal tidaklah tidur dalam gerabak yang dikhaskan tetapi merayap sepanjang gerabak keretapi itu malahan ada yang terbabas hingga ke Johor baharu kerana semasa keretapi bertukar kepalanya diGemas,kawan-kawan saya itu terlalu seronok mengacau penumpang lain terutama bebudak perempuan Sekolah Kolam Air yang balik sama dimusim cuti sekolah menaiki keretapi.
Semasa kami berkursus diINTAN ,tahun 1980an kami ada juga mengadakan lawatan kenegeri Kedah dan menjadi kebiasaannya Alor Setar adalah salah satu bandar yang dilawati dan bila ada taklimat yang disampaikan oleh pihak kerajaan negeri kami berebut-rebut untuk mengajukan soalan.Ini adalah kerana penyelia Kedet PTD(Pegawai Tadbir dan Diplomatik)kami terutama Encik Alim akan mencatitkan siapakah yang membuat pertanyaan dan ini semua ada markahnya, macam juga kami berlatih berenam dikolam MINDEF pada waktu malam juga diberi markah dan yang selalu mendapat markah tinggi ialah Nazri Memerang.Hari ini Alor Setar telah berkembangan begitu maju dan dijangkakan pula negeri Kedah akan menjadi negeri maju seperti Selangor pada beberapa tahun yang akan datang.Semoga berjaya kerana semasa saya mengikut Fadzil melawat rumah kakaknya pada tahun 1980 ketika itu tanah sawah mereka telah menjadi perumahan dan sudah pasti sekarang banyak sudah tanah sawah menjadi perumahan dan pusat membeli belah diAlor Setar.
Aminudin PhD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment