Dari Pejabat Daerah Kroh melalui Pekan Baling, saya menaiki kereta yang dibeli secara pinjaman kerajaan ketika itu jenis Ford menuju kebandar itu yang kadang-kadang menyeronokan juga.Tahun 1980an,bandar Sungai Petani terkenal sebagai pusat latihan.Diketika itu INTAN, Sungai Petani menjadi tempat kami berkursus dan kadang-kadang kami dari bahagian latihan GSPS memberikan kursus kepada kakitangan kerajaan.Bila saya bertugas diJPM setelah bertukar dari Pejabat Daerah Kroh dan menjalankan program latihan GSPS, saya dan boss ketika itu Cikgu Ramli memilih juga INTAN ,Sungai Petani sebagai pusat latihan kami.Selain berkursus kami juga menjalankan aktiviti permain secara kumpulan seperti bola tampar, sepak takraw dan bola sepak.Siri lawatan juga kami adakan keagensi-agensi kerajaan dan lokasi yang ada kaitan dengan subjek pembelajaran, misalannya ketika itu Baling yang hangat dengan isu M****.Manakala tenaga pengajar kursus kami itu ialah Pak Abu,Cikgu Ramli,Paksulaiman,Imaludin dan lain-lain.Apa yang menjadi kenangan kepada saya ialah tentang kursus yang kami adakan itu iaitu hubungan persahabatan kami dengan para peserta kursus selalunya berpanjangan.Bagi saya sendiri INTAN ,Sungai Petani juga tempat kami menjalani kursus tentang hal ehwal tanah.Kursus tentang Hakmilik Strata telah menjadikan kami Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh adalah yang pertama diPahang yang telah mendaftar hakmilik strata itu.Inilah agaknya yang membolehkan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh memangi anugerah Pejabat Daerah dan Tanah yang terbaik diSeluruh Malaysia semasa saya bertugas didaerah tersebut.Namun pilunya oleh kerana sistem ketika itu SSB, saya tidak mendapat apa-apa kebaikan dari sistem tersebut tetapi yang dapat anugerah "menegak" adalah pegawai dari unit lain.Inilah kenangan SSB dizaman saya yang memilukan.
Hari ini bandar Sungai Petani telah berkembang maju yang namanya yang dikaitkan dengan Sungai dan Petani.Ia besar kemungkinan ada sejarah silam dengan kerajaan Siam atau Thailand dimasa lampau.Pusat latihan lain seperti Maktab Perguruan dan Universiti Swasta yang menerima pelajar dari dalam negara dan luar negara kini mengunjungi bandar ini.Selain dari itu daerah ini juga mempunyai Pantai Merdeka, yang mana masa saya belajar diJENAN atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra kami berkunjung dan mandi manda dipantai tersebut dengan rakan-rakan seperti Zaki,Fuzi,Ramli,Wan Aziz dan lain yang kini telah jadi pegawai tinggi kerajaan dan saya amat mengharapkan mereka mengingati tali persahabatan yang kami jalin dimasa alam persekolahan dahulu.Disamping itu saya juga mengharapkan bandar Sungai Petani yang yang dikaitkan dengan "Petani" itu turut menyediakan ruang kepada R & D kepada bidang pertanian kerana inilah asas bandar itu.
Aminudin PhD
Monday, February 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment