Saturday, February 27, 2010

Memori 8- Lumut,Perak


Pekan Lumut,Perak semasa kami menjejak kaki keOBS (Outbound School) masih belum ada Pengkalan Tentera Laut DiRaja (TLDM) seperti sekarang.Dahulu pengkalan tersebut berada diWoodland,Singapura.Semasa saya bertugas diagensi keselamatan kami mengawal perairan Malaysia bersama Kapten Tentera Laut Aminudin yang namanya sama dengan saya.Kami bila bertugas diperairan negara kita selalu berdua.Banyak dikalangan anggota bawahan jadi keliru kerana kami memakai pakaian orang awam sahaja.Setelah saya berkursus diOBS selama 40 hari baharulah kami semua sedar yang latihan fizikal seperti berjalan kaki sejauh 30 kilometer sehari dan mendaki semua bukit dan gunung didaerah Manjung itu betul-betul menguji kesabaran kami.Apabila balik dari berjalan kaki dari aktiviti yang diarahkan itu kami berebut-rebut membeli air asam rom atau air jus nenas yang dijual dikantin OBS itu.Rumah kediaman diOBS yang terletak dipuncak bukit dan dilereng bukit yang diperbuat dari kayu itu hari-hari kami turun-naik untuk menjalankan aktiviti.Diantara aktiviti lain ialah menaiki whaler yang berupa perahu kapal layar yang dikayuh menggunakan pengayuh kayu atau mengunakan angin untuk kePulau Pangkor.Aktiviti yang terjauh yang pernah kami pergi ialah kepulau sembilan yang ada diantara kumpulan kami "meraban " pergi ketengah laut yang berpuluh-puluh batu jauhnya.Inilah yang mengelikan hati kami walaupun badan habis terbakar dan teramatlah letih.Expedisi berkayak pula habis seluruh Pulau Pangkor kami kelilingi malahan dalam expedisi itu ada rumah orang kenduri pun kami singgah untuk makan kenduri.Inilah gelagatkan setengah dari kami yang nakal macam Malik dan Aziz.Selain dari itu acara Solo iaitu acara dimana kami tinggal sendirian dalam khemah ditepi Telok Rubiah adalah yang mengeli hati juga dimana kami diberikan bekalan sadin dan roti untuk "survival " dan bila sudah habis mula ada diantara kawan-kawan yang menebang pokok kelapa tepi Telok itu untuk mengambil buah kelapa, jadi kami yang ada berhampiran disitu curi-curi mengambil buah kelapa yang bergelempangan akibat tumbang ditebang itu.Hari ini kedet PTD ,setahu saya sudah tidak dihantar keOBS lagi, mereka hanya dihantar kepusat latihan Birotata Negara sahaja dan masanya pun satu atau dua minggu saja, bukan macam kami dahulu 40 hari.Inilah juga mungkin membuat membuat ada rakan-rakan kami yang "tension" ketika diOBS, tetapi begitu lega bila tamat kursus diOBS.Saya sendiri hilang berat badan 10 kilo, kerana sebelum kursus bermula kami ditimbang berat badan dan bila tamat kursus ditimbang sekali lagi bagi melihat perbezaan berat badan yang memang itu kebiasaan hasilnya.Maklumlah hari-hari berjalan dan berjalan.

Lumut kalau mengikut sejarahnya dimasa dahulu bernama Tanah Merah yang merupakan perkampungan nelayan yang dibuka oleh Raja Engku Busu pada sekitar tahun 1700 dan namanya kekal hingga sekarang pada sebuah bukit diLumut.Pembinaan Pengkalan Tentera laut DiRaja Malaysia menjadikan Lumut sebuah bandar tentera yang penuh dengan kapal-kapal laut tentera dan saya pasti dapat menjana perkerjaan pada penduduk tempatan yang dahulunya mencari pendapatan diSelat Dinding dan Selat Melaka itu.Kenangan kami diOBS ,sukar dilupakan terutama pada para pengajar kami yang kadang-kadang saya lihat mengantuk juga bila mengajar kami mengikat tali, namun ketuanya Mr Alen , nampak steady bila kami merungut makanan yang disajikan kurang bermutu.

Aminudin PhD

No comments:

Post a Comment