Tuesday, February 23, 2010
Memori 5-Bandar Jitra,Kedah
Nama bandar Jitra,didaerah Kubang Pasu, Kedah ini telah terkenal sejak zaman dahulu lagi, namun saya tidak tahu kenapakah namanya dipanggil "Jitra".Dari segi sejarah silamnya dahulu ia diperintah oleh Kerajaan Siam yang pada tahun 1288 diperintah oleh Sultan Syarif Shah yang bersemayang diKota Meang Kuang,Wang Tepus,Kubang Pasu,Jitra yang lokasinya ialah dekat Banai (sekarang ini digelar Bandar Darul Aman).Pada tahun 1836 Raja Rama V Chakri Sukho telah menyerang Sultan tersebut dan membunuh Sultan ketika itu bernama Nai Long Jaafar yang bergelar Sultan Jaafar Muadzam Shah.Apa yang saya fahami setiap Daerah diKedah dizaman silamnya mempunyai Sultan atau Rajanya masing-masing, jadi kadang-kadang saya teringatkan Bapa angkat saya diBaling yang pernah saya coretkan dalam memori terdahulu iaitu Encik Nai dan anak-anaknya mungkin ada sejarah silam yang boleh dikaji.Macam juga Moyot saya merantau dari Riau-Lingga dan membuka penempatan diKampung Relong,Kuala Lipis pada sekitar tahun 1700.Selain dari itu bandar Jitra terkenal kerana ia mula diserang dizaman pendudukan Jepun diTanah Melayu yang jatuh pada 13 Disember 1941 akibat diserang oleh Detachment Saeki,Jepun bila menyerang tentera Regimen Refal Gurka dan 3000 askar India ketika itu dijambatan Sungai Bata, Jitra.Kejatuhan Tanah Melayu kepada tentera Jepun ketika itu adalah kerana sebab berikut :-
i.Persiapan Perang yang rapi diatur oleh Jepun
ii.Kelengkapan perang yang canggih dan sesuai dengan suasana setempat
iii.Strategi peperangan yang sesuai oleh pihak Jepun
iv.Pakatan kerjasama dengan Siam oleh Jepun
v.Kelemahan tentera British
vi.Kejayaan mengunakan slogan seperti Asia Untuk Asia,Jepun Pelindung Asia dan Jepun Pembebas Asia telah mendapat simpati penduduk tempatan.
Selain dari itu bandar Jitra juga adalah bandar paling hampir bagi kami membeli belah dan makan-makan semasa saya menuntut diSekolah Menengah Sultan Abdul Halim,Jitra,Kedah dahulu yang kini sekolah itu adalah merupakan 20 buah sekolah Terhebat diMalaysia sekarang.Pekan Jitra ketika itu hanya merupakan beberapa deret kedai dan paling mengembirakan kami ada sebuah panggung wayang yang menayangkan gambar atau film Hindustan ketika itu.Kawan-kawan sekelas saya seperti Azri,Ramli,Wan Jusuh dan lain-lain sanggup keluar curi dari JENAN untuk kepekan Jitra semata-mata untuk menengok gambar Hindustan.Disamping itu minuman dan makanan kegemaran kami dipekan Jitra ialah mi sup kuning dan ais kacang yang ketika itu kalau minum atau makan hendak bermangkuk-mangkuk yang sedapnya tidak terkata.Entah apa yang mereka taruk menjadikan ia begitu sedap.Bila saya bertugas diJPM ,saya ada juga kebandar Jitra ini terutama membuat kajian tentang pola berbelanja penduduk Malaysia diBukit Kayu Hitam oleh para pelancung terutama dizaman kemelesetan yang pernah melanda negara kita.
Hari ini bandar Jitra begitu berkembang pesat, malahan intitusi Pengajian Tinggi Awam iaitu UUM turut terletak dalam Daerah yang sama dengan bandar ini.Begitu juga kemudahan Hospital yang baik turut dibina dan komuniti kolej turut dibina.Selain dari itu apa yang saya ingin sarankan ialah meningkatkan kemudahan infrastruktur pelancungan diDaerah Kubang Pasu ini bagi mengimbangi kemudahan pelancungan yang ada dinegara jiran sertakan membina industri produk yang sukar atau mahal diperolehi dinegara jiran itu.
Aminudin PhD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment