Friday, February 12, 2010
Mukadimah
Pepatah kita ada berbunyi " Banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya" yang mana maknanya setiap orang ada pendapat sendiri atau makin banyak orang banyak pula pendapat dan kemahuannya.Namun sebagai peneliti sosial, saya cukup gembira melihat gelagat dan telatah manusia yang saya berkawan, berkerja, menumpang kasih dan juga persahabatan dengan mereka.Semasa saya bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Malaysia saya berkesempatan berkhidmat dalam sektor dalam negeri yang mana boleh dikatakan saya pernah menjelajah keseluruh pelusuk negara.Sebagai kenangan tersebutlah saya coretkan memori dan juga pengalaman saya bertugas serta juga coretan tentang kampung-kampung atau bandar-bandar yang pernah saya tinggal.Dalam memori ini juga saya sebutkan beberapa nama personaliti yang saya kenali dan berkawan.Sekiranya ada catatan yang saya buat itu menyentuh personaliti tersebut ,saya terlebih dahulu memohon maaf dan sekiranya ada ungkapan yang tidak wajar, saya memohon ditegur akan saya.Bab kata pepatah "Mana ada buluh yang tidak berbuku".
Aminudin, Phd.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment