Monday, March 1, 2010

Memori 9-Telok Intan,Perak


Telok Intan yang asal namanya Telok Mak Intan yang merupakan nama seorang peniaga perempuan yang berasal dari Mandaling.Dimasa pendudukan British diTanah Melayu bandar ini dipanggil Telok Anson mengambil sempena pegawai British iaitu Lieutenant-Gabenor of Penang bernama Archibald Edward Harbord Anson.Namun kemudian nama Telok Anson ditukar kepada Telok Intan pada tahun 1980 oleh Sultan Perak ketika itu.Artifak menarik yang terdapat diTelok Intan hingga kini ialah Menara Jam Condong yang dibina pada tahun 1885 oleh Mr Leong Choon Cheong yang pada asalnya sebagai tempat meletak tangki air bagi kegunaan penduduk bandar itu.Disamping itu ada juga terdapat Batu Tenggek yang merupakan artifak menarik dibandar tersebut.Bandar Telok Intan mengingatkan saya kepada Sekolah Menengah Sains Telok Intan yangmana saya lawati dan memberi ceramah kerjaya kepada pelajar-pelajarnya semasa saya berkhidmat diBahagian latihan JPA.

Semasa berkhidmat diBahagian Latihan JPA, Pegarah masa itu ialah Encik Habib dan Timbalannya Encik Megat.Saya diunit belanjawan dan perancangan selalu juga diberi tugas memberi ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah lepas SPM untuk keluar negara.Jadi boleh dikatakan seluruh negara juga saya memberikan ceramah yang kadang-kadang Wan Fauzi mengatakan elaun b***** kerana selalu sangat kami iaitu Zulkifli,Zaini dan Fathimi keluar out station.Tapi apa boleh buat kerana boss saya masa itu seorang perempuan yang berkahwin pula dengan pegawai tinggi angkatan tentera yang memang sukar baginya untuk keluar out station.Jadi inilah batasan-batasan seorang boss perempuan yang sekarang dirunggutkan oleh CUEPAC sekarang.Tetapi boss saya seorang yang baik dengan saya kerana dia melihat saya boleh bertugas dengan baik dan tidak suka melawan boss.Malahan paper-paper yang saya buat dengan Fathimi dan boss masa itu mendapat pengiktirafan Perdana Menteri Tun Mahathir ketika itu tentang Penganjuran Pelajar-Pelajar keluar negera terutama bidang-bidang perubatan dan kejuruteraan berteknologi tinggi.Hari ini saya telah lama tidak menghubunginya yang juga merupakan orang Perak dan saya difahamkan Datuk Habib pula telah pencen sebagai bekas SUK Perak dan sudah pasti ada melawat Telok Intan.Saya pula sudah lama tidak kesana.

Aminudin PhD

No comments:

Post a Comment