Wednesday, March 17, 2010
Memori-16,Mersing,Johor
Mersing yang terkenal kerana film Seri Mersingnya ,atas arahan Salleh Gani pada tahun 1961.Dikatakan ketika itu penduduknya berasal dari Terengganu yang menjual keropok lekor dan berbahasa loghat Terengganu.Hari ini penduduknya telah mencecah 83,000 orang, dimana dalam daerah itu terdapat Pusat latihan Perindustrian,Sekolah Menengah Sains dan Kem Tentera Iskandar ,namanya.Mersing bukanlah asing bagi saya, kerana sejak saya bertugas diagensi keselamatan diNegeri Pahang ianya menjadi pintu masuk untuk kami kePulau Tioman yang dibawah kawalan Negeri Pahang ketika itu.Saya selalu melawat Rompin yangmana Tioman adalah dalam daerah tersebut.Masa itu semua bot-bot hendak kePulau Tioman adalah melalui jeti Mersing.Seingat saya ADO Keselamatan dan Pembangunan diRompin ketika itu dua-duanya bernama Azhar.Kedua mereka kawan baik saya.Malahan Azhar B bila tukar kePejabat Kewangan Negeri Pahang ,kami duduk serumah dirumah kerajaan diTransit.Selepas itu dia bertugas pula diToronto,Kanada ,saya bertugas diJPM,Jalan Dato'Onn,Kuala Lumpur.Kami pernah sama-sama berlakun film dan mungkin itulah agaknya dia pernah menjadi Ketua Pengarah Istana Negara dimana ada pengalaman berlakun sebab itu agaknya dia dipilih dan sudah lama kami tidak berhubung.Manakala Azhar yang seorang lagi sering membantu saya memberi ceramah dan mendapatkan data GSPS.Kami melawat boleh dikatakan semua kampung dan pulau diTioman.Paling mengembirakan saya ketika itu ialah menembak burung belibih diPulau Rawa dan menembak peladuk diTekek yang banyak ketika itu.Malahan dibawah rumah pun ada pelanduk.
Semasa saya di Bahagian latihan,JPA ,kami aktif juga mengembara ,misalnya ke Janda baik,Pulau Timon,Langkawi,Pulau Pangkor dan lain-lain.Salah satu expedisi yang menarik ialah Pulau Tioman dengan peraduan menyelam dan memancingnya.Masa itu Encik Munir,Sabri,Mansor dan lain-lain adalah kaki pancing.Saya pula lebih suka merayap dalam kampung mencari pokok orkid dan keduduk berwarna putih yang banyak dipulau itu.Pelanduk sudah semakin kurang berbanding ditahun 1980an dimasa saya bertugas diPahang dahulu.Inilah kenangan yang membuat saya teringatkan Mersing yang juga kampung Jamilah yang merupakan kakitangan kami diagensi keselamatan dahulu yang saya ditugas membawakannya hadiah perkahwinan.Begitu juga member sekelas saya diJenan iaitu Fuzi Shuhaimi juga kalau tak salah saya pernah tinggal diMersing.Mersing oh Mersing airmu masin dan kadang-kadang muaramu tohor bila perahu hendak mendarat.Ini memang saya ingat sungguh hingga kehari ini.Mersing dikatakan mengambil sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Sing yang lari dari Pahang,membuat nama itu kekal kehari ini.Mersing.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment