Kampung Seri Makmor,Tangkak,Johor bukanlah asing bagi saya.Ini adalah kerana mula-mula kajian saya tentang Konflik Politik bagi tesis ijazah pertama saya adalah dikampung tersebut.Masa itu jabatan Sosiologi UKM yang menjalankan kajian mengenai Sosiologi-Politik Dan Konflik dikampung tersebut dan telah menghantar kami membuat kajian .Disamping itu ,saya pula kebetulan sedang membuat tesis bagi Ijazah Kepujian (B.A.Hons)dengan diselia oleh Profesor Halim Ali.Selain dari saya ada dua pelajar lain iaitu Shahruddin dan Cik Om.Kami mendiami rumah keluarga angkat masing-masing dimana saya tinggal dirumah Majid (seorang kuat ketua Pemuda UMNO).Tangkak kalau mengikut sejarahnya adalah kawasan hutan kayu bakau yang tebal ketika zaman silamnya.Jadi bagi orang Melaka yang hendak keMuar ketika itu kena merangkak dibawah banir atau akar-akar kayu bakau itu.Lama-lama perkataan merangkak itu bertukar menjagi Tangkak saja dan lekat hingga kehari ini iaitu namanya Tangkak.Manakala akibat "merangkak" dibawah banir atau akar-akar pokok bakau itu, banyak kain orang yang koyak,hingga membolehkan perniagaan kain dijalankan bagi mengantikan kain-kain yang koyak akibat merangkak tersebut. Inilah menjadi punca orang Tangkak berniaga kain dan ini kekal kehari ini Tangkak merupakan bandar berniaga kain yang maju hingga sekarang .
Apabila saya menjalani, kursus Kedet PTD dimana salah satu Modulenya ialah penempatan kampung yang saya ditempatkan diKampung Tehel,Melaka , jadi kerana kedua kampung ini agak berdekatan ,saya ada juga menjenguk ,Majid diKampung Seri Makmur itu.Namun sekarang agak begitu lama saya sudah tidak kesana dan saya pasti Tangkak yang terletak ditepi Sungai Kesang dan juga Gunung Ledang itu ramai sekali para penghujung dihujung minggu itu, membuatkan saya rindu untuk kesana.Kami(Saya, Shaharuddin dan Om ) ada melawat Gunung Ledang ini yang cukup indah dan damai, dan ketika itu kami singgah juga diestet yang berhampiran yang Om membuat kajian.Seingat saya Shaharuddin menjadi pegawai tinggi Imigresen dan Om menjadi seorang guru dan kami sudah lama tidak berhubung.Inilah kenangannya diantara kami dan juga pensyarah kami ketika itu Dr.Norain diTangkak.
Aminudin PhD
Saturday, March 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment