Wednesday, March 10, 2010

Memori 14-Kampung Tehel,Jasin,Melaka


Semasa berkursus Kedet PTD ,saya ditempatkan diKampung Tehel,Jasin,Melaka selama satu bulan dirumah bapa angkat saya Tuan Haji Juani bin Wejas, yang mesra dipanggil Bapak Wak, sahaja.Kampung Tehel ini mempunyai keluasan kira-kira 1,118 ekar dan mempunyai 8 Solok atau kampung-kampung kecil iaitu Tehel Ulu,Tehel Tengah,Paya Kundang,Tanjung labuh,Parit lampung,Solok Serompong,Pengkalan Badak dan Gapam.Jumlah penduduk ketika itu (1980an) adalah seramai 1484 orang.Kebanyakan perkerjaan penduduknya adalah petani dan pesawah padi, manakala purata pendapatan mereka yang saya kaji seramai 32 orang keluarga ketika itu ialah RM 317 bagi satu keluarga.Sedangkan pemilikan tanah pula ketika itu purata bagi satu keluarga ialah 3.13 ekar.Bentuk rumah pula kebanyakannya ketika itu adalah rumah tradisional orang Melayu yang beratapkan zink,berdindingkan papan dan berlantai papan atau simin.Dari aspek kebersihan pula saya dapati secara amnya kampung-kampung dalam Tehel adalah baik yang ketika itu sudah ada tandas dan perlimbahan air yang memuaskan.

Infrastruktur dikampung Tehel dimasa itu saya dapati jalan kampungnya agak simpit, mempunyai balai raya,klinik bidan,sebuah sekolah rendah kebangsaan,sebuah masjid, 6 buah surau,sebuah sekolah rendah agama dan padang permainan bola dan gelanggang badminton.Ahli JKKK Kampung Tehel ketika itu diPengerusikan oleh Encik Mokthar bin Haji Idris dan saya dapati perjalanan pentadbiran ketika itu amat memuaskan.Saya juga diberitahu Encik Mokthar bergiat cergas dalam UMNO.Kajian saya lebih menumpukan kepada aspek media seperti suratkhabar,radio dan TV.Kajian saya mendapati ketika itu hanya 27.7 peratus penduduk yang melanggan akhbar ketika itu,namun lebih 90.63 peratus dari responden yang ditemuduga memiliki TV dirumah mereka.Jadi dari Finding (Hasil kajian) saya mendapati ketika itu TV adalah keutamaan media yang mereka pilih atau gunakan dengan diikuti oleh radio dan surat khabar.Kajian tersebut boleh didapati diINTAN bagi mereka yang berminat.Saya sendiri bercadang untuk membuat kajian semula atau melihat apakah perubahan yang berlaku dan sudah pasti berlaku banyak perubahan diKampung Tehel, sekarang yang mana lebih dua puluh tahun saya kaji itu dan pernah tinggal dalam kampung itu.Ada malam-malam tertentu dimana saya melihat
belia kampung itu bermain kompang yang mengusik memoriku untuk menulis tentang kampung mereka.

Aminudin PhD

1 comment: