Tuesday, March 9, 2010

Memori 13-Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Melaka


Sebelum kami ditempatkan dikampung-kampung dalam Daerah Jasin,Melaka, kami telah diberikan taklimat oleh Pegawai Daerahnya ketika itu tahun 1980an ialah Encik Shuib, yang kebetulan pula saya kenal juga dia ni, dia orang Kampung Keledek,Kuala Lipis.Selepas taklimat itu saya telah ditempatkan diKampung Tehel dirumah bapa angkat saya bernama Wak yang diwakili oleh Abang Shaari.Daerah Jasin dalam sejarah Melaka adalah sebuah daerah yang tidak banyak sejarah zaman silamnya.Hanya ada dinyatakan yang terdapat kisah bila Tun Mamat ingin meminang Puteri Gunung Ledang yang telah singgah disatu tempat yang bernama Sim dan juga dinyatakan tempat sakit dan dikebumikan Tun Teja diMelimau dalam kawasan Jasin.Dalam kata lain dizaman silamnya Jasin adalah kawasan hutan belantara ketika waktu zaman silamnya.

Manakala bandar Jasin yang terletak diantara Sungai Kesang itu pula berasal dari nama seorang Bugis yang bernama Mat Yasin yang membangunkan pekan itu sekitar tahun 1928 yang mendapat sokongan British.Orang British telah memanggil beliau Jasin dan nama itu lekat hingga kehari ini.Dalam daerah Jasin ini juga terdapat kolam air panas macam juga didaerah Kroh yang pernah saya bertugas, disamping itu ketika ini terdapat Hospital yang dijadikan temapat latihan pratikal bagi pelajar-pelajar perubatan dari Melaka Manipal Medical College, disamping itu dalam daerah ini terdapat MRSM Jasin yang semasa kami menjadi anak angkat itu sedang dilaksanakan kerja-kerja meratakan tanah atau tapak MRSM itu.Hari ini Jasin telah jauh membangunkan darimasa kami pernah menjadi anak angkat orang-orang kampung didaerah itu.


Aminudin PhD

No comments:

Post a Comment