Friday, March 19, 2010

Memori 17-Kluang,Johor


Bandar Kluang mengambil sempena binatang keluang yang memakan buah-buahan kita.Dari istilah saintifiknya dia sebut Megachiroptera atau Fruit Bad.Dari buku " Mammals of Malaysia" oleh M.W.F.Tweedie,1978 ,beliau menulis dihalaman 13 "The most obvious feature that distinguishes this suborder of bats is the presence of a claw on the second digit as well as on thumbs,so that there are two claw on the leading edge of the wing.Among Malaysian fruit bads there are only two exceptions to this,the cave fruit bad and its relative the Dulit fruit bad, which is rare and restricted on Borneo.They also have normal mamalian heads with fairly long muzzles,large eyes and small ears lacking any accessory lobes or flaps.The tail is very short or lacking and the interfemoral membrane is no more than a fringe of skin on the hind legs.The largest bats are included in this group and nine of them is very small".Bandar Kluang telah dibina pada tahun 1915 dan pernah ditawan oleh General Yamashita pada tahun 1942 dan dari Kluanglah tentera Jepun telah menyerang Singapura menggunakan pengkalan udara diKluang yang masih terdapat hingga kehari ini .Saya difahamkan pihak TUDM masih menggunakan pengkalan udara ini sejak zaman British lagi.DiKluang terdapat Gunung Lambak dan Sungai Mengkibol yang merentasi bandar itu.Kluang juga terkenal dengan daerah pertanian yang terdapat pembukaan banyak ladang-ladang bagi syarikat Guthrie,Harrison Crossfield dan lain-lain.Banyak estet diKluang yang diantaranya Lambak Estet,Mengkibol Estet,Kluang Estet,Nyor Estet,Benut Estet,Paloh Estet dan lain-lain.

Memori saya diKluang ialah semasa saya bertugas diICU,JPM ,kami ada melawat Projek Berskala Besar Pertanian diKluang yang dirasmikan oleh Perdana Menteri masa itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.Kawasan yang diuntukan bagi pertanian moden diKluang ini ialah 9000 ekar.Masa itu saya ada datang bagi upacara perasmian dan seingat saya Kamsani pun ada datang bersama.Kawan saya Dr Sunny yang mendapat tawaran untuk mengusahakan ladang burung unta pun datang membuka gerai.Cadangan dia ialah untuk menghasilkan daging burung unta yang kemudian bercadang membuka restoran burger daging burung unta.Kandungan daging burung unta tidak mempunyai klesterol.Jadi dia baik untuk kita makan berbanding dengan daging lembu.Saya sudah lama tidak ketaman pertanian itu.Seingat saya juga,anak saya turut menjalani latihan pratikal diInstitut Haiwan diKluang itu.Memang wajar sangatlah nama bandar Kluang itu dikekalkan, ini kerana banyak sungguh binatang atau haiwan yang sesuai hidup didaerah Kluang,dimana suasana disitu yang dahulunya burung keluang yang suka memakan buah-buahan dikebun orang kampung pun sudah lari, ini kerana Kluang sekarang telah membangun sebagai ladang pertanian berskala besar dan juga terdapat industri yang dibina disekitar bandar itu.Kadang-kadang saya teringatkan dikampung saya dahulu disungaibatu diRelong,binatang keluang ini memakan buah bidara dan buah rawa kami tepi gedung itu dalam masa satu malam saja dan saya terpaksa membeli buah tersebut dipekan sari disempadan kampung kami dengan kampung Bapong yang masa itu disukat pakai pot.

Dr Aminudin

No comments:

Post a Comment