Sunday, March 28, 2010

Memori 19-Port Dickson,Negeri Sembilan


Port Dickson, adalah pantai yang selalu dikunjungi oleh orang-orang diKuala Lumpur dimasa kami menjadi Kadet PTD.Disinilah juga kami Kumpulan 3, menjalani latihan ketenteraan disekolah pegawai kedet angkatan tentera selama sebulan,kurang sedikit masanya dari berkursus diOBS,Lumut,Perak.Dalam masa sebulan itu banyak memori yang kami kenangkan.Dari segi sejarahnya Port Dickson adalah sebuah tempat yang dipanggil Tanjung atau Arang dizaman British.Disebuah pulau disitu ada tempat memproses arang dan kemudiannya dibangunkan sebagai pelabuhan oleh British diwaktu Sir John Frederick Dickson yang akhirnya namanya kekal sebagai nama sekarang.Dimana ketika itu dibuat jalan keretapi dari Port Dickson keSeremban pada tahun 1891.Hari ini Port Dickson berkembangan maju dan bila satu pilihanraya dimana bekas Menteri Besar ,Datok Isa Samad bertanding semula sebagai wakil rakyat, Port Dickson telah diistihar sebagai Bandar Tentera.

Memori saya dengan kawan-kawan yang berkursus diPort Dickson ini ,dikenang hingga sekarang.Maklumkan pegawai kategori satu merasa pahit mau dunia angkatan tentera.Bagi saya sendiri tidaklah menjadi masalah kerana saya telah bertugas dalam agensi keselamatan sebelum ini.Rakan-rakan yang lain mungkin "tertekan " juga dengan menu makanan yang biasalah bagi dihidangkan kepada peserta kursus disitu.Kami diberi tunjuk ajar oleh jurulatih kawat boleh dikatakan tiap-tiap hari, kemudian latihan menembak, mencuci senjata,mengilat kasut,latihan peperangan dan juga berjalan kaki meretas paya dan kampung sekitar Port Dickson.Kami juga sampai keKampung Tanjung Agas, yang pernah saya coretkan dalam blog saya http://sungaibatuderelong.blogspot.com yang mana selain dari Port Dickson ini ,Kampung Tanjung Agas, juga terdapat juga diPekan,Pahang dan diDaerah Kuantan ,Pahang.Ini mungkin kerana banyaknya agas dikampung tersebut yang menjadikan nama tersebut lekat sebagai nama kampung-kampung tersebut.

Dalam aktiviti peperangan yang kami jalankan ada peristiwa yang melucukan dimana salah seorang dari kami tertembak dipunggungnya dimasa perang itu.Kalau tidak salah saya Dr Badariah.Ini biasalah dalam peperangan olok-olok ada musuh yang cedera dan patah kakitangan.Tetapi yang betul-betul terjadi ialah Ho May Yong (pernah berkhidmat diKedutaan Malaysia, London) patah kaki semasa terjun tembok yang kami selalu panjat disamping melalui titi-titi kayu dipusat latihan ini.Begitu juga Majid, hampir tenggelam dalam lumpur didalam paya dikawasan latihan kerana terlupa membuang segala peralatan dalam beg bila beg itu dimasuki air.Hari ini semua kawan-kawan saya Kumpulan Tiga mungkin mengingati semua kenangan kami diPort Dickson, malahan dengan latihan kami diPort Dickson ini saya dapati ahli kumpulan kami itu begitu cekal menghadapi dunia kerjaya mereka malahan saya lihat diantara kumpulan lain dalam Kedet PTD,kumpulan kamilah yang ramai memiliki ijazah PhD, misalan Dr. Ramli,Dr.Nazri,Dr.Badariah dan lain-lain dan sekarang mereka telah menjadi pegawai tinggi kerajaan dimasa ini.

Dr Aminudin

No comments:

Post a Comment