Sejarah Melaka sudah cukup terkenal dalam buku sejarah kita yang dikatakan negeri yang tertua sekali, namun sejarah Pahang dan Kedah lebih tua dari sejarah Melaka sebenarnya.Buku saya bertajuk "Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal bagi Asia Tenggara dan Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama (Kg Relong)" memberikan bukti bahawa Melaka bukanlah negeri yang tua dari segi sejarahnya.Kajian berdasarkan artifak arkeologi terutama digua-gua diPahang iaitu Kota Gelanggi(Jerantut),Gua Bama (Kg Relong,Kuala Lpis),Gua Batu Luas (Taman Negara),Pulau Tioman dan kajian sejarah Orang Syed membuktikan Pahang adalah negara Maritime yang terawal.Kajian ini disahkan oleh Profesor Dr Hassan Shuhaimi dari UKM tentang sejarah silam Pulau Tioman.Manakala saya membuktikan bahawa Lembah Bama ada pusat perdagangan dan Pelabuhan diTengah Tanah Melayu sejak Abad yang keTiga Masehi lagi.Saya petik dari buku kajian saya diatas yang terdapat dimukasurat 20 yang berbunyi :-
" Disinilah pasaran perdagangan diantara Timur dan Barat yang setiap hari kira-kira 10,000 orang perniaga (kesemuanya lelaki).Barang yang didagangkan ialah barang yang jarang diperolehi dan barang perhiasan.Disitu juga ada pokok wine iras pokok delima yang juicenya diperolehi dari bunga yang diperah dan disimpan dalam bekas untuk beberapa hari kemudian.Kebanyakan kapal-kapal yang melalui laluan besar tersebut dibuat dari Funan yang panjangnya 90 Kaki dan mempunyai ketinggian badannya 6 kaki yang menyerupai sekor ikan yang dihiasi dengan ukiran-ukiran dari besi ".
Justeru itu penulisan semula sejarah ada perlu bagi menyemak semula fakta-fakta tentang sejarah Melaka dan negeri lain didalam sejarah tanah air kita.Bagi negeri Melaka yang asalnya dikatakan dari nama sebatang pokok turut saya kaji bagi sejarah Pahang yang saya dapati nama tersebut adalah dari Pokok Medang yang banyak terdapat diKuala Lipis, malahan nama pokok itu diabadikan pada nama kampung Kuala Medang,diLipis.Melaka mengingatkan kembali kenangan saya semasa menjadi Kedet PTD yang tinggal diKampung Tehel,Melaka.Saya akan coretkan memori khas dalam blog ini nanti.Apabila saya telah bertugas diBahagian GSPS, kami ada menjalankan kursus diResort Air Keroh yang ketika itu Lebuh Raya yang menghubungikan Kuala Lumpur-Melaka belum siap lagi.Wakil kami diMelaka ketika itu ialah Haji Jaafar K**** begitu peramah dan suka berseluruh dengan kami.Seingat saya module kursus telah kami tambah dengan memasukan Methodologi Penyelidikan dalam kursus kami dengan kami menjemput pensyarah-pensyarah dari INTAN.Misalnya kami menjemput Encik Porlasingh memberikannya dan bila saya bertugas diakhir-akhir perkhidmatan saya diEPU, saya berjumpa sekali lagi Encik Porla ini yang sudah bergelar Dr Porlasingh yang bertugas pula dengan sekretariat Asian.Selain dari itu Melaka juga mengingatkan saya kepada Abang Kadir yang sekumpulan dengan saya dalam Kedet PTD dan sama juga bertugas diPahang semasa zaman Pak Awang dan saya difahamkan Abang Kadir pernah menjadi PTG Melaka sebelum bersara.Begitu juga Pak Jafaar K**** yang telah bersara dan selalu mengajak kami makan ikan bakar diSerkam.Serta mengimbau pengalamannya yang selalu bertukar-tukar semasa berkhidmat dengan JPJ yang selalu kena tukar macam bola.Inilah membuat kami sering takkering gusi bila mendengar beliau bercerita tentang pengalamannya.
Aminudin PhD
Monday, March 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment