Tuesday, March 2, 2010
Memori 10-Tapah dan Tanjung Malim,Perak
Bandar Tapah yang terletak dalam Daerah Batang Padang,Perak adalah mengambil sempena nama ikan air tawar iaitu ikan tapah atau nama saintifiknya wallago attu.Tapah juga mengikut loghat orang tempatan disitu bermakna "tak mengape" yang terletak ditepi Sungai Batang Padang.Tapah merupakan bandar yang sering kami singgah kalau hendak ke Cameron Highlands bila saya bertugas diUPEN Pahang.Ingatan saya kembali segar bila semasa saya bertugas diKroh,Perak dan selalu melawat rumah bapa angkat saya Encik Nai diBaling kerana kereta saya jenis Ford rosak akibat ditimpa pokok kena baiki dibengkel Kuala Ketil.Bila abang angkat saya berkahwin dengan orang Tapah kami berkomboi menghantarnya.Saya masih ingat kereta kesukaannya ialah Mazda 323 yang mendapat jolokan ketika itu ialah kereta Pokok ke Pokok (Tree to Tree) berbanding dengan kereta saya FORD (Free of Rust and Dust)yang inilah juga selalu kami guraukan ketika itu.Hari ini dia telah jadi pegawai tinggi kerajaan yang bergelar Datok dan sudah lama kami tidak berhubung. Tapah juga menjadi tempat "kajian lapangan " pihak kami semasa saya bertugas diagensi keselamatan dahulu dan kemudian saya dapati senior saya Pak Sulaiman pernah menjadi Pegawai Daerah Tapah dan kini saya difahamkan dia telah berpencen setelah menjadi orang nombor satu dikementerian kewangan cawangan Sabah dan menetap diKuala lumpur.
Bandar Tanjung Malim yang sekarang terdapat sebuah Universiti Perguruan dan Kilang kereta Nasional iaitu Proton dahulunya merupakan pekan yang mengemparkan dengan berlaku pembunuhan Penolong Pegawai Daerah RMC Codner,Jurutera Daerah dan beberapa orang lain ahli pasukan keselamatan pada 25 Mac 1952 oleh akibat serangan pengganas komunis yang menjadikan pekan Tanjung Malim ketika itu berada didalam perintah berkurung.Hari ini semua itu jadi kenangan dan hari ini negara kita begitu aman dan pegawai PTD bertugas disemua daerah haruslah bersyukur yangmana mereka dapat bertugas dengan aman dan segala kemudahan infrastruktur begitu baik sekali.Masa kami dahulu kalau hendak bermesyuarat diCameron Highlands akan melintasi Kuala Lumpur,Selangor,dan Perak baru sampai kesana dan tidak macam sekarang ada lebuh raya dari Kuantan keTapah dan mendaki bukit untuk ke Cameron Highlands.Hanya yang menyeronokan kami dahulu ialah sempat juga membeli petai dan buah-buahan hutan yang segar dijual oleh orang asli dan cuaca Cameron Hinglands dimasa itu sejuk bukan kepalang.
Dr Aminudin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment