Friday, March 19, 2010

Memori 18-Johor Bahru


Johor Bahru adalah ibu Negeri Johor.Johor adalah negeri yang penuh sejarah bagi saya.Kajian saya tentang susur-galur keturunan saya sesungguhnya menemukan satu hasil yang amat berkait dengan sejarah kesultanan Johor itu sendiri.Johor yang bermakna permata dan Bahru itu adalah baru.Kalau kita gabungkan ia bermakna Permata baru.Ini mungkin dahulu pusat pentadbiran Johor adalah diTanjung Puteri yang dibina pada tahun 1855 oleh Temenggong Ibrahim dan dizaman Temenggong Abu Bakar telah menamakannya Johor Bahru pada tahun 1886.Dizaman pemerintah Jepun,bandar ini telah ditawan pada 31 Januari 1942 yang dikenali sebagai Battle of Malaya,Jepun telah menjadi Istana Bukit Serene sebagai ibu pejabat mereka dan kemudian menyerang dan mengalahkan Singapura.Penduduk Daerah Johor Bahru mengikut banci tahun 2008 adalah seramai 1.2 juta.Dimana komposisi rasnya ialah Melayu 44 peratus,Cina 41.5 peratus,India 9.1 peratus dan lain-lain 5.4 peratus.Orang Cina dalam kajian itu adalah mereka yang mengunakan dailek Teochew,Hakka,Hokian,Cantonese,Hainese dan Hockchew.Sekarang banyak juga industri dibangunkan diJohor Bahru iaitu dikawasan industri Pasir Gudang ,Tanjung Langsat,Tebrau,Tampoi,Senai,Kulai dan lain-lain.

Kajian juga menunjukkan ramai orang Johor Bahru mencari perkerjaan diSingapura dan ini saya rasa faktor tukaran wang asing yang tinggi dinegeri itu berbanding dengan kadar tukaran wang kita.Dianggarkan lebih 100,000 orang dari Johor Bahru berulang -alik keSingapura untuk mendapatkan perkerjaan disana.Manakala sekarang ini dengan adanya Pembangunan Wilayah Iskandar diunjurkan penduduk Johor Bahru akan berkembangan menjadi kira-kira 3 juta pada tahun 2025.Memori saya tentang Johor Bahru ini bermula agak lama juga ditahun 1970an dimana saya bertugas diagensi keselamatan yang kalau ada cuti kami keSingapura.Saya akan bermalam dirumah ADO Azhar B diRompin dan dari situ kami keSingapura mengikut jalan Mersing dan Kota Tinggi.Selalunya kami bersama Pegawai Perhutanan Daerah Rompin iaitu Zainuddin ,kami keSingapura membeli barang-barang letrik yang murah.Ini adalah kerana Singapura adalah satu-satu kawasan bebas cukai ketika itu kerana Langkawi belum dibangunkan lagi.Kami biasanya membeli belah diWoodland dan Bukit Timah.Ada juga kawan saya menjadi pegawai kastam diJohor Bahru yang sedikit sebanyak membantu kami mengurangkan cukai seperti Sahrudin dan kemudian waris saya Abdullah Sidek. Semasa berkhidmat diJPM saya selalu juga turun keJohor Bahru mendapatkan data dari wakil kami Encik Rohani (lelaki) yang banyak membantu saya yang sekarang saya sudah tidak tahu dimana dia berada. Apabila saya bertugas diProjek PMS 2,ICU,JPM ,saya ada datang keJohor Bahru bersama Encik AlBakari memberi taklimat kepada pegawai-pegawai kerajaan Negeri Johor tentang sistem PMS.Masa itu pejabat ICU,JPM yang dipanggil Pejabat Pembangunan Negeri, berada diBukit Timbalan.Johor Bahru sememangnya dalam ingatan saya, lebih-lebih setelah saya mengetahui itulah asal moyang saya.

Dr Aminudin

No comments:

Post a Comment