Saturday, March 6, 2010

memori 11-Pulau Pinang


Pulau Pinang yang asalnya mendapat nama dari pokok pinang (areca catechu) ada saya coretkan dalam blog saya Sungaibatuderelong dibawah tajuk Pinang dan Kacip.Sekali lagi nama pokok menjadi nama asal sebuah negeri diutara semenanjung tanah air kita itu adalah merupakan sebahagian dari Negeri Kedah yang dibeli oleh British East India Company dari Sultan Kedah pada tahun 1786.Hari ini Pulau Pinang yang juga mendapat jolokan nama Pearl of the Orient itu menjadi tumpuan pelancongan dalam dan luar negara untuk menjamu selera bagi makanan mee dan juga makanan laut.Tempat yang sering dikunjungi ialah Batu Ferringi yang terdapat hotel mewah dan bertaraf 5 bintang.Kalau kita hendak kePulau Pinang kita boleh menaiki kapal terbang,menaiki feri dan juga melalui jambatannya yang salah satu terpanjang diAsia.Pulau Pinang mengimbau kenangan saya sejak bersekolah lagi dimana dalam memori alam persekolahan saya diJENAN atau Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra,Kedah ada saya coretkan tentang Pakcu Husin dan Makcu saya menghantar saya keJENAN.Sebelum sampai keJENAN kami singgah dahulu dikampung Makcu,diBalik Pulau,Pulau Pinang.Masa itu kami dari Seberang Prai menuju kePulau Pinang menaiki feri.Inilah pengalaman yang menyeronokan saya ketika itu yang pertama kali menaiki feri ditahun 1970an.

Setelah saya berkerja diBahagian GSPS,kami ada juga mengadakan kursus bagi pegawai-pegawai diPulau Pinang dan seperti biasa Ciku Ramli,Pak Abu, Imaludin dan lain-lain ,kami menyampaikan ceramah masing-masing.Kami ada juga melawat Pulau Jerjak ketika itu dan melawat tempat-tempat bersejarah ketika itu.Semasa diUKM lagi semasa menjadi pelajar sosiologi-politik saya dan pelajar lain ada melawat Pulau Pinang dan beramah mesra dengan Ketua Menteri ketika itu Dato Lim Choung Eu dan saya difahamkan beliau kini bergelar Tun Lim Choung Eu yang juga merupakan Pro Canselor USM.USM adalah tempat belajar abang Hamid Akob yang merupakan orang Relong pertama memasuki universiti bersama Haji Zahari Uda dan kemudian diikuti oleh saya dan Ciku Salmah.Bila saya berkerja diICU,bahagian Projek PMS 2, saya sekali lagi mengadakan kursus Change Management dan Audit Comm dengan Pasukan Price Waterhouse ,diPulau Pinang.Sehingga saya mulai bersara pilihan kami diseksyen infrastruktur, EPU telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi membina Link KeTiga kePulau Pinang pula dan mungkin sekarang dalam proses pembinaan oleh UEM itu.Pulau Pinang akan terus saya kenang dan kadang-kadang bila ada saudara mara kita sebelah perempuan ingin dipinang orang tiba dia berkata " Apa karbak ? " dan tentulah kita menjawab " Karbak Baik, Noi " tetapi rupanya mereka ini datang dari FELDA JENGKA !

Dr Aminudin

No comments:

Post a Comment